Wednesday, January 6, 2010

Yippie!!! Cik Bon datang

Esok, 7.1.2010, bersamaan hari Khamis, Cik Bon aku datang kepada semua warga Utusan Karya. Di harap dengan kehadiran Cik Bon dapat menyerikan dan menceriakan hati warga Utusan Karya.

Dengan kehadiran Cik Bon juga di harap akan menguatkan semangat semua warga Utusan Karya untuk bekerja dengan lebih cemerlang dan gemilang.

Sesungguhnya tahun 2010 akan memberikan cabaran yang lebih besar kepada semua warga Utusan Karya bak kata Puan Zu. Huhuhu... harap-harap, bila dapat cabaran besar, ganjaran yang kita dapat pun besar la jugak. Hehehe....

Akhir kata, gua nak seru kepada semua warga Utusan Karya, bila dah dapat bonus tu, banyak-banyakkanlah amalan bersedekah. Belanja gua makan yer. Hahaha...