Wednesday, January 6, 2010

Yippie!!! Cik Bon datang

Esok, 7.1.2010, bersamaan hari Khamis, Cik Bon aku datang kepada semua warga Utusan Karya. Di harap dengan kehadiran Cik Bon dapat menyerikan dan menceriakan hati warga Utusan Karya.

Dengan kehadiran Cik Bon juga di harap akan menguatkan semangat semua warga Utusan Karya untuk bekerja dengan lebih cemerlang dan gemilang.

Sesungguhnya tahun 2010 akan memberikan cabaran yang lebih besar kepada semua warga Utusan Karya bak kata Puan Zu. Huhuhu... harap-harap, bila dapat cabaran besar, ganjaran yang kita dapat pun besar la jugak. Hehehe....

Akhir kata, gua nak seru kepada semua warga Utusan Karya, bila dah dapat bonus tu, banyak-banyakkanlah amalan bersedekah. Belanja gua makan yer. Hahaha...

Sunday, January 3, 2010

Selamat datang 2010

Pejam celik, pejam celik, kita dah nasuk tahun baru. Cepat benar masa berlalu. Kita pun tak perasan yang masa begitu pantas meninggalkan kita. Segala memori 2009, masih lagi segar dalam ingatan. Peristiwa pahit dan manis kita lalui sepanjang 2009 menjadikan kita semua matang untuk melalui perjalanan hidup yang akan datang.

Warga UKSB seperti biasa tetap ceria dan gembira. Jika ada duka, ianya hanya sekejap sahaja. Tahun 2010 yang tiba ini diharapkan akan membawa lebih keceriaan buat warga UKSB semuanya. Amin...

Semoga tahun 2010 akan membawa tuah dan rahmat yang besar kepada seluruh warganya... Insya-Allah...

Bukalah tangan seluas-luasnya... Ucapkanlah selamat datang 2010. Berdoalah kepada Allah agar 2010 ini memberika lebih nikmat kepada kita semua.

p/s: doalah banyak2 supaya, taun depan yang mana rasa dirinya dah kert* tu... dapat jodoh cepat2... ehem. Hehehe...