Tuesday, June 30, 2009

Bandung yang Happening

Terima Kasih la kerana sudi menanti berita gua yang panas dan sensasi ini. Okeh... Gua nak sambung plak cerita gua. Setelah semua berkumpul di hadapan hotel untuk bergerak ke bandung, tuan presiden masa tu belum sampai lagi. Gua hangin la. Presiden selalu lambat. Selalu rombongan je kena tunggu dia. Gua pun apa lagi, call lah tuan President. Gua bebel la kat Presiden apasal lambat, orang semua dah tak sabar-sabar nak bergerak,

"Sabar beb! Gua tengah buat upacara pecah buah kelapa ni. Nak jalan kena jalankan upacara dulu," kata Presiden.

Bengang gua dengar jawapan Presiden. Nak marah kang kena buang jadi ahli plak. Tapi gua pun ada prasaan jugak. Dah adat dia macam tu, gua nak kata apa lagi. Turun-turun je Presiden, Pergh... kuat gila bau minyak. Ada tanda merah lagi dekat dahi dia. Sah! Tuan Presiden dah tinggi kasta dia ni. Hahaha... Lepas semua dah masuk dalam bas, bas pun jalan menuju ke Bandung. Perjalanan ke Bandung mengambil masa dekat 5 jam. Campur dengan macet.

Setelah lima jam perjalanan, rombongan semua tiba di Bandung dengan selamat, kecuali Ujang dan Ady. Mereka kurang selamat kerana tidak membaca doa selamat. Minggo lagi tak selamat kerana dia Minggo Marhad, bukan Minggo Selamat. Sampai sahaja di Bandung, ahli rombongan semua di bawa ke Pasar Baru.

Tiba sahaja di sana, gua tengok ramai yang histeria. Tambah2 editor majalah Remix. Maracau-racau kat pasar baru. Nik Hazirah dan Zana cuba menenangkannya. Setelah lima minit, Shikino Uzawa masih belum sedarkan diri. Masih lagi meracau-racau. Mastura cuba masuk campur, tapi masih belum dapat mengawal keadaan. Gua masa tu dah panik. Tak tahu nak buat apa. Mujurlah ada penyelamat. Datang Minggo, Ady dan Ujang menyanyikan lagi Jawa Kratong di telinga, kaki, dan juga celah ketiak Shikino Uzawa. Akhirnya dia sedarkan diri. Alhamdulillah. Setelah Shikino sedarkan diri, gua tengok Aishah plak tiba2 terkena histeria. Memang masa tu tak bleh buat apa lah. Kalau Shikino bleh jugak orang tolong pegang-pegang, tapi bila dah masuk Aishah, semua tinggal kat situ lah. Gila nak tenteramkan dia. Hahaha... Dia sodar sendirilah. Maleh eden nak pulihkan dia. Setelah keadaan terkawal, semua turun untuk membeli-belah di Pasar Baru.

Abang Joe memberi masa 3 jam untuk bershopping di situ. Gua pun dengan and da geng Upin dan Ipin, Ujang, Ady, Minggo, Zack, Is Ketambola, merayap-rayaplah di dalam Pasar Baru. Memang syok bershopping di sana. Tak bleh gua nak gambarkan kegembiraan gua. Hanya Minggo dapat menzahirkan kegembiraannya apabila dia membuat tarian ala-ala monyet makan buah setelah berjaya membeli sehelai seluar berjenama 'Guess'. Masa tu gua tak nampak ke mana hilangnya Presiden. Ye lah, dah calour macam tu, mana nak nampak. Hahaha... Gua tengok Ujang pun bukan main gembira setelah berjaya mencilok kain batik Jawa untuk dihadiahkan kepada Isteri dan ibunya yang tersayang. Gitulah. Kasih seorang suami Soleh dan juga anak Mithali kepada isteri dan Ibunya. Ady pula sedang sibuk membeli comforter biru. Siap test terus. Yang gua tak puas hati dengan Is Ketambola. Asyik hilang je. Akhirnya gua ambil keputusan, ikat kat pinggang Minggo. Sampai senget-senget Minggo di buatnya. Zack pula macam biasalah, seorang ayah yang penyayang. Tak ada benda lain yang dia beli, baju anak, baju anak, baju anak, baju anak, dan baju anak lagi, dan lagi baju anak. Hadoi... letih gua nak sebut. Gua pulak Makan hati berulam jantung je la... kalau tengok semua berkenan, tapi apakan daya, saiz gua takde. Maklumla gua kan body builder. Mana ada saiznya. Kwang kwang kwang.

Cukup 3 jam, semua turun ke meeting point untuk naik bas ke Hotel. Setelah dihitung-hitung dan di congak-congak, seorang lagi tak cukup. Gua pun fikirlah siapa yang tak ada. Gua pun buatlah kawad cam di situ. Check punya check, rupanya Shikino tak ada. Lotih. Orang lain bila membeli, dia belah, tapi Shikino beli tak blah-blah. Tu yang menjadi masalah sikit. Gua pun hantarlah dua orang pengawal keselamatan, Ujang dan Ady supaya memberkas Shikino dan membawa balik ke hotel. Aduyai...

Setelah semuanya settle, ahli rombongan semua telah dibawa ke Hotel Penhegar. Best siot hotel ni. Gua bila sampai hotel apa lagi gua buat, gua tidur la. Apa lagi. Tapi baru je gua nak tidur, tiba-tiba telefon bilik gua berdering. Gua terkejut jugalah. Tapi panggilan itu dari siapa? Kenapa gua menerima panggilan itu? Nak tahu? Sabarrr... Nanti gua story lagi. Aikkk... marah nampak. Dah baca benda free mana leh bagi terus, sikit-sikit dah ler... huhuhu... okies... Chow Bro...

Monday, June 29, 2009

Jakarta! Kenangan Terindah

Gua ada story baik punya nak cerita kat you all semua. Baru-baru ini UKSB telah mengadakan satu staff day di Jakarta/bandung. Best siot. Rata-rata yang gua interviu mengatakan mereka semua berpuas-hati dan seronok giler berada di sana. Gua sempat la interviu member-member yang pegi ke sana. Nak tahu apa mereka komen? Sabar! Gua akan ceritakan satttt saja lagi nooo… Sekarang ni gua nak ceritakan dulu kronologi staff day UKSB.

19hb Jun 2009

Pagi-pagi buta lagi staff UKSB yang pergi ke LCCT dengan bas perlu berkumpul di perkarangan UKSB. Pukul 2.30 pagi siot. Mata gua masa tu pun nak terbuka dengan nak tertutup dah sama banyak. Gua ingat ke gua yang paling teruk, rupa-rupanya ada lagi yang teruk dari gua. Masa gua mula-mula sampai, gua nampak Ujang duduk di tangga. Kesian tengok, dah macam mat fit dah. Mata memang tak bleh bukak dah masa tu. Sampai dagu pun di sangkut kat tangga je. Masa naik bas, kena usung. Pergh… dasyhat giler. Kesian gua tengok. Apo kono ekau jang… aduyai…

Gua tengok jam. Masa tu dah dekat pukul 3.00 dah. Gua tanya driver bas, apasal tak jalan lagi. Gua dah ngantuk ni. Janji pukul 2.30. Gua dah hangin satu badan dah masa tu. Driver bas cakap, kita tak leh gerak lagi sebab Tuan Presiden, Nuek al-Ugandaki belum sampai. Hampeh punya presiden. Lambat. Gua pun call lah Tuan Preseden apasal lambat, you all tahu apa dia jawab dengan gua, selamba badak dia cakap dengan gua…

“Rilek beb! Gua tengah mandi minyak ni,” kata Tuan Presiden.

Pergh… tengah mandi minyak. Yang kita dah naik minyak dia tak tahu. Nasib baik Presiden, kalau tak memang gua sebat je mamat ni. Tak pe lah, nak buat macam mana, dah adat dia nak jalan jauh kena mandi minyak, halau hantulah katakan… wahahaha… Lepas setengah jam, Presiden sampai. Senyum je muka. Maklumlah orang dah mandi minyaklah katakan. Pukul 3.30, bas pun bertolak ke LCCT.

Sampai di LCCT, semua berkumpul. Abang Joe cakap kul 6.30 baru bleh check-in. Abang Joe suruh semua buat agenda sendiri dulu sebelum tunggu kul 6.30. Bila sahaja Abang Joe cakap buat agenda sendiri, gua tengok Nik Hazirah, Zana, dan Ady tersenyum. Depa tiga orang ni pun duk lah tepi-tepi tiang. Gua pelik jugak, apa depa nak buat ni. Gua dan spy penanggah pun follow lah depa bertiga ni. Terkejut gua dengar, rupa-rupanya mereka memang ada agenda tersendiri. Depa bertiga nak ‘hijeck’ blog penanggah. Apa lagi, melompat lah Ujang al-tibet. Ujang pun melompat nak menunjukkan aksi tarian ‘Hula-Hula’nya di hadapan rombongan Jakarta/Bandung. Konon-kononnya marah la tu. Ujang kalau marah memang cam gitu, terus menari hula-hula. Saje je nak propa la tu. DI pendekkan cerita, Pukul 7.30, semua bertolak ke Jakarta.

Alhamdulillah, pukul 9.30 pagi, rombongan sampai di lapangan terbang Sukarno-Hatta, Jakarta. Masa tu gua tengok semua dah teruja dah. Semua dah mula cakap Indon walaupun salah. Ahli rombongan sudah tidak sabar untuk menerjah bumi Jakarta. Gua tengok Ujang dan Ady lah yang paling teruja. Siap tukar nama lagi. Masa berkenalan dengan Pak Supir di sana, Ujang dan Ady terus memperkenalkan diri mereka dengan bangga.

Pak Supir: Kamu siapa nama?
Ujang : Nama Saya Ujang Nicholas Saputra
Pak Supir: Kamu?
Ady :Ady Irwan Shah

Gitulah sedikit dialog yang sempat gua tulis. Panjang lagi sebenarnya. Bukan main hebat lagi Ujang dengan Ady. Siap tukar nama lagi. Hahaha… Nuek pulak nak tukar nama Indon, tersalah tukar nama. Jadi nama NuekPadiyappa. Hadoi.. tersilap la tu Nuek. Tu nama India, bukan Indonesia. Buek Malu yooo… Tapi gua tengok peserta yang paling terserlah, ialah Minggo. Kalau ada anugerah, memang gua bagi kat Minggo lah anugerah Putera Jakarta. Minggo memang selalu buat lawak yang tak masuk akal. Hahaha… Sabar! Ada banyak cerita Minggo. Nanti lu orang bacalah sendiri.

Lepas tu rombongan semua di bawa ke Mangga dua untuk bershopping. Masa turun bas, gua sempat la tengok gelagat peserta rombongan semua, pergh… bukan main teruja lagi. Kak Napsiah tak berhenti-henti membebel. Macam biasalah. Bebal mengangtuklah apa lah. Tapi tiba di Mangga Dua, dia yang lepas dulu. Gitulah Kak Nap. Minggo gua tengok lemau je. Macam tak bermaya. Bila turun je bas, terus terbukak matanya. Bukan sebab tengok barang, tengok awek Indon la tuh. Aduh… Minggo! Minggo!

Ujang dengan Ady plak terus terkena sawan. Berbuih-buih mulut memperkenalkan dirinya sebagai Nicholas Saputra dan Irwan Shah. Gila glamor betullah. Hadoi… macam-macam karenah kat Mangga Dua ni. Gua pun malas dah nak sebut. Macam-macam ragam.Gelagat Nik Hazirah yang ala-ala Spiderwomen, Zana ala-ala Cicak-Women, Aisyah ala-ala Mak Datin, Faiza ala-ala brontok, semua ada. Letih gua nak tulis.

Rombongan diberi masa selama 3 jam untuk bershopping. Ratu Shopping hari tu sape lagi kalau bukan Kak Shikin. Editor Remix yang cun melecun tu. Nasib baik dia tak terbeli dengan tokey-tokey kedai sekali. Pergh… sakan Shopping nampak? Huhuhu…

Lepas abis semua bershopping, semua ahli rombongan balik ke hotel Grand Cempaka Putih. Hotelnya boleh tahanlah cantiknya. Setelah selesai membahagikan bilik, gua dapatlah roommate yang paling hampeh, Minggo. Gua memang pecah perutlah duduk dengan si Minggo ni. Kerja nak melawak sahaja. Semua lawak tidak dapat dijangka. Hahaha… lawak siot si Minggo ni. Gua gelak sampai tertidur. Nak buek cam no, Minggo lawok bebenor.

Acara Malam pula, semua ahli rombongan di bawa ke restoran Sri Minang. Kek sini, Ujang la paling happy sekali. Maklumlaaa jumpa waris ramai. Sokojap ambik gambar dengan pelayan, sokojap dengan penjaga pintu, yang tak tahan tu, dio poie ambik gambar dengan tukang sapu. Haduh Ujang, Loteh eden tengok ekau ni. Selesai makan, semua melakukan acara sendiri. Ada yang ke HardRock, ada jugak yang lentok kat kerusi lobi hotel. Siapakah gerangan yang terlena di sofa lobi hotel itu? sambil tido sempat lagi dia cakap… “Aku nak gi shopping… nak shopping…” Hadoiii… memang kaki shopping makcik sorang ni.

20hb Jun 2009

Keesokan harinya, Jam 7 Jakarta, rombongan berkumpul untuk bertolak ke Bandung. Gua masa tu dah tensyen dah. Gua jumapa transformer kat sana. Semua duk panggil je nama gua. Depa semua ajak gua masuk geng depa. Tapi gua tak nak. Ujang ngan Ady plak tiba-tiba interframe nak jugak masuk geng transformer. Alo brader… cermin diri tu nak masuk geng Transformer. Aduyaaaiii… Lepas tu, macam biasalah sesi fotografi. Gua tengok masa tu Nik Hazirah dan Zanalah yang paling meletup. Posing tak ingat. Ujang ngan Ady biasalah, sibuk duk perkenelakan diri dia. Gua ingat, ada dekat 800000 rupiah kali dia perkenalkan diri kepada pak supir. Sampai pak supir dah naik menyampah. Hahaha… sabor je lah peserta dari Gemenceh dan Palong yoo… Tapi persoalannya.. mana Tuan Presiden? Sabor.. Gua akan sambung lagi cerita gua. Cerita di Bandung lagi best… sabor menanti yooo… To be Continued

Friday, June 26, 2009

Terbaru di UKSB

Dalam dua minggu ni, gua telefon gua asyik berdering. Ramai yang call gua tanya kenapa gua tak update blog gua. Raja Thailand pun ada call gua tanya kenapa blog cafeuksb telah lama senyap. Terkejut jugak gua bila tengok raja-raja pun layan gak blog gua. Huh... letih gua melayan telefon yang bertalu-talu menelefon gua.

Sebenarnya bukan gua tak nak update blog gua. Cuma gua sibuk la sekarang ni. Tak sempat gua nak update blog gua sekarang. Maklumlah gua sekarang dah jadi wakil rakyat di kawasan Bangi Jaya. Gua sibuklah sekarang duk melayan rakyat gua yang empat ratus juta tu. Letih weh...

Ok lah... gua story la sikit suasana kat opis skarang ni. Sekarang ni kat Uksb dah hilang seorang member. Akhrun dah pun pindah ke JAKIM. Sunyi jugak la bila ayam belasahan gua dah pindah. Tinggal seorang je lagi ayam belasahan gua iaitu Hafiz Finance. Tu pun tunggu masa je nak pindah kalau dia kalah lagi bertarung dengan gua. Gua tak nak la ramai2 pindah. Sampai sekarang gua pospone perlawanan berjalan kaki sambil mengunyah kerusi dengan Hafiz. Gua takut bila dia kalah, dia pun blah jugak. Tak haven la kalau tak ada ayam belasahan.

Penambahan staff masih lagi tak ada. Cuma sekarang kat Uksb ada banyak budak2 praktikal. Kalau dikira2 dengan jari tangan dan jari kaki, ada enam orang kalau tak salah. Mereka ni lah yang menyerikan lagi suasana di Uksb sekarang ni. Tu pun kalau berseri. Gua tengok stakat ni masih malap lagi. Tak ada satu pun berseri. Huhuhu...

Gua rasa tu lah dulu. Gua tengah deadline ni. Mampos gua kalau tak siap story. Ok...

Abang Zul: Ambo!!!! Mana Story???
Siap Bossssss....

Tuesday, June 2, 2009

Selamat Berjuang Sahabat

Sebenarnya sedih dan pilu gua nak katakan kepada semua. Kita bakal kehilangan seorang member kita tidak lama lagi. Member kita ni seorang wartawan yang sangat berkaliber dan dedikasi. Dia juga adalah seorang wartawan yang cekap dan amanah dalam menjalankan tugas. Gua sedih nak ucapkan selamat tinggal buat member kita ni. Tetapi pemergiannya ini adalah demi masa depannya. Dia dapat kerja kerajaan beb... bukan senang nak kerja kerajaan.

Khabarnya member kita ni dapat jadi Pegawai Agama Islam di Jakim, Putrajaya. Dia akan lapor diri di sana pada 15hb ni. Apa-apa pun gua nak ucap tahniahlah kepada dia. Walaupun berat hati gua untuk mengucapkan selamat tinggal, tapi gua bangga dengan lu beb. Gua harap lu akan jadi seorang pegawai yang dedikasi dan amanah dalam menjalankan tugas. Nanti lu nak kawin jangan lupa ajak member2 UKSB ye beb.

Seluruh warga UKSB akan merasakan kehilangan lu. Member yang gua maksudkan ialah Akhrun Musa, Wartawan URTV...

Nanti ada perlawanan MU dengan Barcalona lagi... Lu call gua ye beb... Hahahaha....

Monday, June 1, 2009

Welcome To Mastika

Team UKSB mengucapkan selamat datang kepada Ismail. Tahniah juga kerana dapat duduk di kerusi Mastika yang disebut2 sebagai kerusi berhantu. Di harap Ismail dapat bertahan di kerusi Mastika dan dapat memberikan komitmen yang terbaik untuk Majalah Mastika khusunya dan UKSB amnya. Semoga dengan kehadiran Ismail dapat menyerikan dan memeriahkan lagi UKSB. Kerja jangan tensyen2... jangan layan sangat Pak Tam tuh...

Diharapkan Ismail dapat menahan dan cabaran sebagai seorang wartawan. Bukan senang untuk menjadi wartawan cemerlang seperti Pak Tam. Pak Tam adalah contoh wartawan yang terbaik. Dia rela dirinya dibakar demi untuk mendapatkan story... Tak caya.. tengok tubuh dia laaa... hahaha....

Ismail juga boleh mengambil kecekalan wartawan Nik Hazirah. Dia juga salah seorang wartawan yang terbaik. Dia pernah muntah-muntah ketika membuat liputan di bukit fraser demi untuk mendapatkan story yang terbaik untuk pembaca... tahniah Nik.

Selain dari Pak Tam dan Nik, Kecekalan wartawan Kairul Anwar juga patut dicontohi. Kairul pernah hendak kena potong kepala dengan orang gila semasa mencari story. Bagi Kairul, itu adalah cabaran yang perlu di tempuhi. Bukan senang nak jadi wartawan Yoep.

Huda seorang lagi wartawan yang berkaliber. Ke mana sahaja dia pergi membuat liputan, makanan sentiasa di bawa. Katanya takut 'Lapaq'. itu adalah satu persiapan yang terbaik untuk seorang wartawan. Syabas Huda.

Itu adalah senarai nama wartawan yang terbaik yang boleh diikuti dan dibuat sebagai idola. Ada ramai lagi senarai wartawan yang tidak dapat di siarkan namanya kerana ceritanya terlalu sadis dan menyayat hati. Mereka ialah, Hafiz finance, Nasaie, Fadilah yang hampir dirogol, Shikin, Faiza, Aishah, dan ramai lagi...

Ambo harap, Ismail akan menjadi seorang wartawan yang terbaik dan sem0ga Ismail dapat memberikan sumbangan tenaga dan idea yang terbaik untuk UKSB. semoga dengan kehadiran Ismail dapat menyerikan lagi UKSB...

Majid mana Majiddddd......