Wednesday, May 27, 2009

Trip Ke Dua Ambo Travel and Tours Sdn Bhd

Ambo Travel And Tours Sdn Bhd akan mengadakan Trip ke Dua. Trip pertama telah disertai oleh tujuh orang peserta. Ambo Travel and Tours Sdn Bhd kali ini mengadakan lawatannya ke dua pada bulan November ke Bangkok. Maklumat seperti berikut:

Bayaran: RM 150 seorang
Tarikh: 13, 14, 15, 16, (Belum Confirm) tengok kesesuaian.

Bagi sesiapa yang berminat... bolehlah menghubungi Ambo di talian 014-744 tekan-tekan tak dapat, atau komen sahaja di blog ini. Siapa cepat dia dapat...

Hampeh Punya Member

Dah dua tiga hari gua tak jumpa cari gosip ni. Pening gua. Semua dalam keadaan baik saja. Pantang je nampak gua, semua buat muka baik. Takut kat Blogger. Hahaha... Gua pantang silap sikitlaaa... Silap je gua hentam. Gua tak kira, dia menantu VIP ke, Raja Dadah ke, kaki Rolet ke, Kaki Drift ke, gua akan hebohkan. Boring gua tak jumpa gosip. Haduh... lotih...

Gua nak cerita pasal siapa ek... Oklah... gua cerita pasal member opis kita yang suka berfoya-foya ni. Dia ni, kalau gua ajak keluar minum malam-malam, alasan mesti sibuk. Kalau malam minggu pula, alasannya malas. Tapi dah terkantoi dengan gua. Gua dapat berita dari seorang informer yang tak berapa nak nampak orangnya... Member gua ni cakap dengan gua, budak poyo selalu lepak dekat 'THE SHIP" pergh... layan lifeband tu. Memang hampeh la member gua ni. Senyap-senyap layan lifeband sorang-sorang.

Gua memang tak puas hati arrr... diam-diam je pegi lifeband tak ajak gua. Apehal lu beb? Siaplah gua nak beritahu bini lu... kaki lepak 'THE SHIP" rupanya. Tapi kesahihannya lu orang kena dengar sendiri informer gua cakap... Kejap gua call informer gua yang tak berapa nak nampak tu...

"Hello... orang yang anda panggil sungguh hitam orangnya. Dia tidak dapat dijumpai pada Malam hari. Cuba Call tengah hari. Itu pun tak garenti tuannya dapat dijumpai..." kata operator telefon... Informer gua tutup telefon daaa... nanti gua cerita lain lah.

Monday, May 25, 2009

Ambo Travel and Tours Sdn Bhd

Gua sekarang dah masuk ke alam perniagaan. Gua da buka agensi pelancongan yang berdaftar secara haram. Gua cuma bayar inspekter Ujang je cover gua punya agensi. Gua juga ada ambil seorang private investigator iaitu Nuek untuk bagi maklumat kepada gua. Nuek ni cekap sikit bahagian mencari maklumat. Maklumlah orang bukan nampak dia. Kan senang nak dapat maklumat.

Fuhhh... baru sehari gua bukan agensi pelancongan gua, gua sudah ada enam orang pengikut ajaran sesat gua. Sebenarnya perkara ini private and confidential, tapi untuk pembaca blog gua seluruh dunia, gua dedahkanlah juga, siapa tujuh orang itu. Pendaftar paling pertama ialah Ujang, selepas itu, Syed Musaddad Syed Mahdi (Wartawan Pancaindera), Nik Hazirah, Huda, Kairul Anuar, dan Aya (Kawan Huda).

Trip pertama agensi gua ialah ke Cameron Highland. Hari sabtu yang lepas bersamaan 23 May 2009, jam 9.30 pagi, dua buah Helikopter gua sudah bergerak menghantar rombongan agensi gua ke Tanah Tinggi Cameron. Aik... percaya ke? Mana ada Helikopter daaa... kereta sendiri la. Gua bertolak ke Cameron dengan menaiki kereta gua dengan kereta Ujang. Dalam kereta gua ada tiga orang iaitu, Gua (Driver), Syed Musaddad (Co Pilot yang paling hampeh), dan Nik Hazirah (Penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar), manakala kereta Ujang dinaiki oleh Ujang (Driver), Nuar (Co pilot yang nak muntah), Huda (Penumpang yang selalu lapaq), dan Aya (Penumpang yang tidak kuat daya tahan badan).

Gua gunakan jalan Tapah untuk ke Cameron. Kalau ikut Simpang Pulai jauh sikit. Walaupun jalan Tapah dekat, tetapi mak ai... jalannya, mengalahkan ular kena palu. Berbelit-belit. Gua exit tol Tapah dalam pukul 11.20 pagi. Semasa melalui kawasan berbelit-belit ini, penumpang kereta gua, Nik, telah mengalami masalah pembawakan budak (loya-loya nak muntah lah tu.) gua pun cuak jugak mula-mula. Bimbang takut cik Nik memuntahkan diri dalam Ferarri gua, tapi gua tabahkan hati, kuatkan semangat, dan berdoa kepada Allah agar perjalanan rombongan kami sampai dengan selamat tanpa bermandi muntah. Akhirnya kami sampai di Ringlet.

Bila sampai di Ringlet, gua turun tanya penumpang kereta Ujang, tidak ada sesiapa ke yang rasa loya-loya nak muntah? Gua tengok Huda dengan Aya rilek je. Tak nampak sebarang tanda-tanda terkena jangkitan virus pembawakan budak tadi. Gua makin cuak. Apsal penumpang gua ini kurang daya tahan badan. Kalau penumpang gua itu muntah, malu gua sebagai ketua rombongan. Tapi gua gagahkan hati juga sampai ke Tanah Rata. Tapi Alhamdulillah, penumpang kereta gua, Nik, tidak muntah, dan nampak kembali ceria ketika sampai di Tanah Rata. Gua masih lagi belum kalah. Bertahan Nik bertahan... Caiyukkk Caiyukkk...

Lokasi pertama gua bawak rombongan gua ialah di Bee Farm. Situ nak kenalkan kepada Ujang macam mana rupa lebah. Ujang tak kenal lebah. Dia kata kalkatu tu lebah. Hadoi... buek malu warihh yooo... Macam mana ekau tak kenal lebah. Ujang bukan main teruja lagi tengok lebah. Siap panggil 'miawww... miawwww'. Alahai Ujang, tu lebah bukan kucing. Aduhhh... pening gua.

Lepas tu, rombongan terus ke di Tanah Rata, rombongan lepak di Cameron Bharat Valley. Gua dan rombongan layan tea'o dulu situ. Pergh... layan beb minum tea'o sambil lihat pemandangan ladang tea yang menghijau. Gua minum tea'o pun dah rasa macam minum Mochalah. Layan siot...

Lepas minum rombongan terus ke ladang strawbery. Semasa kami sedang lepak makan strawbery, Nik tiba-tiba nampak macam pucat dan tak bermaya. Haduhhh... Gua kesian tengok Nik masa tu. Nampak macam tak senang duduk. Gua cuma diakan sahaja. Takkan gua nak nangis pulak. Lepas puas lepak kat ladang strawbery, gua bawak semua pergi makan di kedai Pak nik. Kedai gangster. Hahaha... gua malas cerita peristiwa kat kedai ni. Kalau gua cerita, gua gelak sampai tercabut kepala lutut. Tanya ahli rombonganlah kalau nak tahu cerita.

Nik masa tu nampak macam sakit lagi, tetapi setelah dia menelan pil ajaibnya, akhirnya Nik kembali ceria. Yeah... dah kembali menjadi Sailormoon. Hahaha... Masa makan, orang yang paling banyak bercakap ialah Syed Musaddad. Pergh... mulut dia pot pet pot pet, macam bertih jangung. Tak berenti. Boleh masuk dalam Malaysia Book Of Record tu... Manusia yang tak reti berhenti cakap.

Habis makan, gua bawak rombongan pergi shopping2. Gua tengok rombongan gua macam tak ada nafsu je nak shopping. Dia orang pegang-pegang barang lepas tu letak balik. Pegang-pegang letak balik. Gua tanyalah kenapa nampak macam tak ada stim je tengok barang, nak tahu apa yang depa semua cakap, "Ang gilaka nak suruh aku shopping. Gaji mana masuk lagi," Pergh... Jatuh kredibiliti gua sebagai ketua rombongan bila kena sound. Hahaha... tapi demi memajukan lagi agensi gua, gua diamkan saja. Lepas tu gua bawak dia orang pegi shopping kat pasar malam pulak. Kat sini, gua nampak ahli rombongan gua ada nafsu sikit nak shopping. Banyak jugaklah mereka beli. Tambah-tambah Huda. Woit... jagung gua mana daaa....

Masa tu jam dah pukul 6.00 lebih. hari pun nak gelap. Gua ajak rombongan gua bertolak baliklah. Takut sampai ke perkampungan Nuek nanti kang, gelaplah pulak. Sebelum balik, sempat juga rombongan berhenti di kawasan air terjun yang tak berapa nak terjun untuk posing ambil gambar. Berenti kejap je... Lepas habis posing, semua bergerak turun.

Semasa dalam perjalanan turun ke Tapah, gua makin terujalah layan corner kat situ. Memang stim corner kat situ. Ujang pulak asyik duk cucuk gua je dari belakang, makin la gua syok. Tengah duk layan corner 360 darjah lima merah, tiba-tiba kereta Ujang berenti. Gua pun pelik, gua pun patah balik dan pergi ke tempat Ujang. Gua tanyalah kenapa berhenti, tak larat nak kejar kelajuan kereta gua ke? Ujang kata, penumpang dia muntah daaa... pening. Masa tu gua terus berpaling dekat Nik. Gua kata Syabas Nik. Kita memperolehi kemenangan yang pertama. Gua ingat ke Nik yang akan K.O, rupanya, penumpang kereta Ujang yang K.O. Hahaha... Gua cuba nak panggil para medik yang ada kat situ, tapi nak tahu apa dia cakap dengan gua...

"Shaya tak pandai berubat orang. Shaya pandai Shumpit burung je... Jangan suruh Shaya... Shaya tak tahu..." Pergh... Orang kampung Nuek laaaa... ingatkan doktor tadi. Hahahaa...

Gua pendekkanlah cerita ni. Menantu VIP ajak gua kuar minum da ni. Gua sambung lain kalilah. Hampeh punya menantu VIP. Potong stim gua. Gua sambung next time ye beb... sabor menanti... hahaha...

Friday, May 22, 2009

Tumpang Lalu Je...

Gua boring la ari ni. Tak tahu nak tulis ape dah. Puas gua duk intai-intai, duk pasang telinga nak dengar gosip2 terbaru ke, ape ke. Tapi hari ni macam sunyi semacam je. Tak ada cerita sangat. Maklumlah hari jumaat kot. Tak berapa ada cerita sangat. Gua pening. Tak tahu nak tulis apa.

Tak apalah kalau tak ada cerita, gua nak buat satu teka teka untuk korang semua. Harap balas ye. Ok, teka teki yang pertama...

Binatang apakah, kepala, mata, hidung, telinga, perut, kaki, berada di kaki?
Jawab Cik Salmah, Jawab...

Gua nak tanya satu soalan, malam-malam tidur sejuk tak?
Kalau sejuk, Jom ramai-ramai beli comforter yang Kak Shikin jual. Murah je Beb... ada gambar Upin dan Ipin lagi... Betul! Betul! Betul!

Thursday, May 21, 2009

Tahniah Muzafar

Tahniah kepada Exac Promosi UKSB, iaitu Muzafar (Mus) kerana telah menerima cahaya mata lelaki terbarunya kelmarin. Cahaya mata itu di namakan Muhammad Mikael bin Muzafar. Diharapkan dengan hadirnya cahaya mata ini dapat menambahkan lagi keceriaan dan juga kebahgiaan dalam hidupnya.

Anak adalah hadiah yang paling berharga yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.
Sapa rasa diri dah tua dan tak kawen lagi tu, copek-copek la kawin dan dapat anak. Ady... apa senyum2... umur dah tua, kawin cepat!!!!!!!

Pengumuman

21 May 2009 bersamaan Hari Khamis. Satu meeting NUJ telah diadakan di dewan makan UKSB. Meeting ini telah dipengerusikan oleh Presiden NUJ UKSB, Cik Lat. Cik Lat diiringi oleh exco-exco NUJ yang berwibawa iaitu, Dee, Azie, Dwan, Boy, Aishah (Wanita), Ady, Nik, dan Hafiz. Meeting ini dihadiri oleh semua ahli NUJ UKSB. Meeting diadakan untuk menjelaskan kekeliruan CA.

Meeting telah berjalan selama lima jam tanpa henti. Banyak soalan-soalan yang diajukan oleh ahli-ahli NUJ. Tapi soalan itu semua dapat di jawab dengan baik oleh Cik Lat. Setelah lima jam bermesyuarat, akhirnya segala pertanyaan dan juga kekeliruan, semuanya telah terjawab.

Syabas Cik Lat. Selamat berkhidmat dan berjuang untuk ahli-ahli NUJ UKSB.

Wednesday, May 20, 2009

Gosip panasss!!!

Shyyyy... Diam-diam semua. Hari ni Papa Bear nak bagi gosip panas sikit dengan korang semua. Papa bear nak cakap, ada sorang member ofis kita dah masuk ke arena bina badan. Sasa tubuh dia sekarang. Al maklumlah kawan dengan bekas juara bina badan, Malik Noor.

Member kita asyik menunjukkan pose-pose seorang ahli bina badan. Begitulah, beginilah. Sampai nak order air dengan Helly pun dia menunjukkan gaya sasanya. Lebih kurang beginilah:

Helly tea o panas satu!!! katanya sambil menunjukkan tubuhnya yang sasa itu. Tapi satu perkara yang tak bleh blah yang gua dengar, bila sahaja dia nak balik dari opis, mesti dia akan melambai-lambaikan tangan ke arah gambar Malik Noor. Maklumlah sumber inspirasilah katakan. Hairan Papa Bear.

Pesan Papa Bear: Dah-dah jangan buat lagi kerja tak pekdah tu. Berenanglah untuk kesihatan. Jadilah artis rendam...

Pesaing Yang Hampeh

Gua hari ni tak nak cerita dah pasal Couple of The Year kita ni. Abang Hensem dan warning dengan gua supaya jangan ceritakan lagi kisah hidup bahagia dia itu. Siap letak parang dekat leher gua lagi. Mujurlah gua cepat-cepat elak. Kalau tak mahu terburai isi Tengkuk gua. Suara gua mesti dah tak jadi macam Aizat Af5 dah. Hahaha...

Gua hari ni nak story mory pasal pesaing abang hensem. Setelah cerita detik-detik bahagia abang hensem gua highlite dalam blog gua ni, ada ramai pengacau yang cuba meracun kebahgiaan abang hensem gua ni. Mula-mula gua dapat detect sorang sahaja. Lepas tu lama kelamaan, gua duk perhati, ada dua sebenarnya. Biar gua perkenalkan kedua-dua pesaing abang hensem tu.

Pesaing pertama:- Ridhwan Adebayour
Pesaing kedua :- Cik Lat @ Nuartip

Gua nak sound kat lu orang, tak yahlah nak tunjuk handal nak masuk line, dah sah sah abang hensem gua yang akan menang. Buat pengatahuan lu orang, abang hensem gua tak gentar walaupun lu orang kacau daun. Hahaha... Baik simpan saja lah hajat lu orang. Tak yah angan-anganlah...

Tapi apa-apa pun, gua tabik spring kat abang hensem gua. Lu memang bombastik mr loba-loba la bro... Selamat mempunyai NISSAN MURANO la bro dan juga selamat memandu BMW 5 series...
Jangan lupa janji lu kepada gua dan Hafiz finance.

Erm... dengar citer anak VIP dah benar-benar jatuh hati dengan abang hensem kita ni. Betul ke? Abang hensem lak cam ne? Komen sikit abang hensem.........

Makan hati lu orang Ridhwan Adebayour dan Nuartip...

Selamat Ulangtahun Irwan Shah

Happy beday to you... happy besday to you... Happy besday to Irwan Shah... Happy besday to you... Dah tua dah member gua ni. Hari ni 20 May bersamaan hari Rabu adalah besday member gua bernama Ady Irwan Shah. Gua duk hitung-hitung, berapa umur member gua ni? Gua pun tilik-tilik la muka dengan dressing Ady ni. Gua rasa-rasalah, umur member gua ni muda lagi. Hensem lagi wooo... Di tambah pula dengan kasut ADIDAS saiz 8 yang baru dibelinya itu, makin menyerlahlah kehensemannya.

Ok lah Bro... Gua nak ucap Selamat Hari Lahir yang ke 46 tahun buat lu... Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki, serta hidup sentiasa diberkati Allah. Amin...

Eh 46 tahun ke? hahaha... sodarlah diri tu dah tua. Bawak-bawaklah bertaubat... Bila nak kawinnya?

Tuesday, May 19, 2009

Cayalah Abang Hensem

Gua macam nak terkeluar jantung bila gua dengar dengan telinga gua sendiri, Kak Wa beritahu pada abang hensem yang anak VIP tengah tunggu masa yang sesuai untuk berbual dan berkenalan sendiri dengan abang hensem. Gua mula-mula ingat benda ni main-main je. Rupa-rupanya abang hensem dah kena Durian Runtuh daaa... Untung la badan abang hensem.
Meh gua nak story sikit apa yang gua tengok tadi.

Gua macam biasalah pukul 4 petang turun minum air kat cafe. Gua biasanya turun dengan balak-balak je, tapi ari ni gua diiringi oleh tiga permaisuri. Permaisuri itu adalah puteri Aishah, Cik Puan Nik Hazirah, dan Permaisuri Huda Al Kayangan. Ketika gua tengah duk tunggu order, Kak Wa datang dekat gua. Masa tu hanya tiga orang je ada dengan gua. Abang Hensem, gua, dan Cik Puan Nik Hazirah. Kak Wa pun datang bagi tahu dengan Abang Hensem yang anak VIP memang tunggu masa je nak berbual dengan Abang Hensem. Abang Hensem tersengeh je. Sampai ke telinga sengehnya tu. Wah... bukan main lagi... Lepas ni minum petang memang dekat Equtorial hotel lah. Memang susah la nak jumpa member gua ni.

Masa gua duduk layan nescafe ice gua, tiba-tiba muncul anak VIP. Gua tengok member gua gelabah puyuh dah. Macam kucing mati anak pun ada. Anak tan sri plak duk usha-usha je member gua. Pergh... harap-harap jadilah member gua ni. Mana lah tahu gua dapat shear sikit. Tuan penasihat 25%.

Ramailah mamat-mamat yang makan hati kejap lagi. Bunuh diri la korang. Memang anak VIP dah jadi member gua punya...

Dah2, Ujang Ah Loy, jangan duk berangan lagi. Memang tak dapet la ekau anak VIP. bagi je la sebelah kasut abang hensem yang ekau curi ari tu. Aiiii... Cik Lat pun nak try jugakk.. udah-udah la tu Cik Lat...Buek malu orang Melaka je. Apsal Dee Al Fonso jeling-jeling ni?... Ada hati jugak ke? Hahaha... sory la beb... member gua dah tawan hati anak VIP tu. Simpan la hajat tu...ye... ye...

Ahhh dah... Boy Not A Girl jangan nak berangan nak tambah sorang lagi. Hahaha... Perkara ni sedih sikit gua nak cakap. Nik dan Huda, dah2 lah ejas member gua ni, simpanla hajat tu ek... huhuhu...

Kita tunggu apa plak nak jadi hari esoknyaaaaa.... Kisah Couple of The Year ini akan gua ceritakan dari semasa ke semasa. Ok! tunggu...

Abang Hensem! Belanjalah makan Chicken Chop ye! Hampeh...

Pesanan Pengarang!
Nak bercinta tu bercinta laaa... Story hantar!!!!!!!!!

Bau Apa Ni???

Aduh... sakit hidung gua. Masa mula-mula gua masuk ofis lagi hari ni gua ada bau semacam dalam ofis. Gua try intai-intai jugak dari mana datang bau ni. Tapi gua duk usha2, gua tak jumpa pulak punca bau ni. Sakit hidung gua bau benda ni. Gua sendiri pun tak tahu bau apa. Tapi yang pasti kuat sungguh baunya. menusuk-nusuk hidung gua. Macam ni gua boleh kena resdung tahap kritikal ni. Pergh...

Masa gua duk menulis ni pun baunya masih lagi menusuk-nusuk hidung gua. Mana datang bau ni? Bau benda apa ni? Aduh... sakit hati gua selagi tak jumpa bau apa ni. Gua memang tak puas hati. Gua mesti cari bau ni. Bau yang sungguh menusuk hidung. Tapi bau ni tak lah busuk, cuma baunya sangat kuat sangat. Sakit hidung dibuatnya.

Gua tengah cari jalan macam mana nak kesan bau ni datang dari mana. Gua pun cuba menggunakan taktik brasil untuk mengesan punca bau menusuk hidung ini. Gua berjalan dari satu meja ke satu meja. Gua pun jalan dari satu meja ke satu meja. Gua start dari meja majalah Wanita hinggalah majalah Mangga. Tak jumpa lagi punca bau ni. Gua pun teruskan pencarian ke Meja artis-artis grafik plak. Gua jalan satu meja lepas tu satu meja lepas tu satu lagi meja lepas tu satu lagi meja lepas tu satu meja lepas tu meja lain pulak lepas tu meja seterusnya lepas tu ke satu meja yang lain dan meja seterusnya, hadoiii penat... YESSS!!! YESSS!!!! YESSS!!!! Gua dah jumpa mana datang bau tu... Memang tidak syak lagi, inilah bau yang menusuk hidung gua.

Rupa-rupanya... bau ni datang dari meja Ady Irwan Shah. Tapi bau apa ye? Gua pun duk tilik-tilik, tenung-tenung. Wahhhh... rupanya bau kasut baru daaaaaaa.... Kasut ADIDAS tu bro! Mahal tu... bau macam beli dekat MidVelley... hahaha. Patutla menusuk-nusuk hidung... bau kasut baru rupanya. Isk isk isk... Tapi...

Macam kasut Abang Hensem yang hilang je? betul ke?
Mintak sebelah kasut! Nak buat post motem

Monday, May 18, 2009

Lagi-lagi Nasi Ayam murah... Tapi... Hadooo

Member gua ni kaki kencing sorang beb. Cakap bergegar-gegar yang dia ada tempat makan baru. Sedap, murah dan ada aircond. Gua pun teruja lah mendengar kata member gua ni. Gua pun ikutlah dia untuk makan tengah hari. Gua try usha jugak ngan member gua ni, mana tempat makan tu? Dia cakap jangan tanya, follow je. Gua bersama Ujang Ah Loy dan Nuek Al Ugandaki pun dengan confident ikutlah member gua ni. Follow punya Follow, dia bawak tempat yang biasa-biasa je. Tak ada aircond pun. Panas la gua kena kencing... gua nak makan tempat ada aircond.

Ni bukan kaki kencing, ni dah nama kencing berdiri namanya, hancing baunya. Hampeh punya nasik ayam... Lepas ni kalau tak ada aircond, gua makan dalam kereta lu. Hampeh punya member...

Bukan Lagi Khabar Angin

Gua baru dapat maklumat terbaru dari saudara Nuek Al Ugandaki sebentar tadi. Cerita Nuek Al Ugandaki kepada gua, sebelum dia melangkah keluar dari cafe petang tadi, dia telah didatangi oleh seorang kawan. Kawan itu berpesan sesuatu kepada Nuek Al Ugandaki. Apakah pesanannya itu? JENG JENG JENG...

Kata Kawan itu kepada Nuek, TOLONG SAMPAIKAN SALAM KEPADA ABANG HENSEM tu... Anak ***** kirim salam... wah... doa gua akan dimakbulkan...

Maka mungkin akan dapatlah sepasang kasut baru untuk abang hensem ni. Patutlah sekarang dia maintanance tinggi. Tak main makan nasik lemak, makan Chicken Chop bro. Al Maklumlah, menantu VIP lah katakan.

Belanja Nasi Ayam kat kedai Aircond la abang hensem... hampeh

Kunjungan Terhormat

Isnin, 18 May.
Uksb telah menerima satu kunjungan terhormat oleh kartunis polular, Mickey al Jamal Abdillah. Kartunis ini telah disambut oleh seorang kartunis hebat juga yang bernama Dee. Setelah beramah mesra hampir satu jam bersama staf-staf UKSB, VIP Mickey telah di bawa ke Cafe diiringi oleh, Sarjan Bear, Nuek Thamby, Ujang Ah Loy, Dee Alfonso, Boy Not A Girl dan juga Ady Irwan Shah. Mereka menjamu selera selama satu jam di sana sambil berbual-bual mengenai masalah negara.

Terima Kasih di atas kunjungan tuan. Kami berbesar hati di atas kunjungan tuan itu. Di Harap lain kali kalau datang tu bawak lah buah tangan. Paling tidak pun jam Rolex seutas seorang. Kui kui kui...

Taik itik, Taik labi-labi,
Lain kali datanglah lagi.

Gosip terbaru... Panasss!!!

Erm... gua nak story satu benda ni kat lu orang semua. Ada member kita tak lama lagi nak jadi menantu VIP laaa... Bakal pak mertua dia ni ada title ******you nak tahu. Gua mulanya tak percaya dengan khabar berita ni, tapi bila gua sendiri tengok dengan mata kepala gua, barulah gua percaya. Pergh... Anak ****** usha dia beb. Jangan tak percaya.

Gua dengar jugak, member gua tu kasut dia hilang masa asigment minggu lepas. Harap-harap adalah orang ganti kasut dia tu. Ye lah dah nak jadi menantu ******, ramailah nak sponsor. Paling tidak Adidas ke! Nike Ke? Paling cikai pun mesti Reebox. Untung member gua ni. Jom ramai-ramai kita bodek diaaaaa....

Abang hensem... nak duit RM 5 ringgit... nak makan nasik ayam, tempat aircond... hampeh

Gempar, Menggemparkan, Sangat Menggempar...

Jumaat yang lalu, satu perkara yang mengejutkan telah berlaku di Malaysia. Perkara ini amat dibimbangi oleh semua penduduk di Malaysia. Selama seminggu, cuaca di Malaysia amat terang benderang dan tenang. Cuacanya sangat indah dan amat menyejukkan pandangan mata. Tetapi cuaca dan pandangan itu hilang dengan tiba-tiba menjelang hari Jumaat yang lalu.

Ketika kejadian itu berlaku, semua pengkaji cuaca, pengkaji bumi, pengkaji binatang, pengkaji hutan, pengkaji tanah, bulan, langit dan seantero dengannya mula melakukan kajian mencari punca kejadian langit menjadi mendung dan gelap. Setiap sejam makin gelap dan makin gelap. Setelah melakukan kajian mereka tidak menjumpai kenapa hal ini berlaku.

Setelah berjam-jam mereka melakukan kajian, akhirnya mereka buntu. Tidak dapat mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Oleh kerana mereka tidak dapat menemui punca masalah ini, mereka semua telah sepakat untuk meletakkan jawatan mereka. Mereka tidak sanggup berhadapan dengan masyarakat yang sesaat sekali menghubungi mereka untuk mengetahui punca suasana gelap yang menyelubungi Malaysia.

Ketika mereka sedang bersedih-sedih menaip surat perletakan jawatan mereka, tiba-tiba telefon mereka berbunyi lagi. Pengkaji-pengkaji ini pada mulanya enggan menjawab panggilan telefon itu. Mereka risau itu adalah panggilan pertanyaan dari penduduk Malaysia. Pengkaji cuaca gagahkan juga mengangkat telefon itu.

"Hello siapa sana?" soal pengkaji cuaca.
"Shaya Umai Orang Ashli Tapah, Shaya nak bagi tahu encik, Shaya tahu kenapa langit jadi gelap encik," kata Umai. Pengkaji cuaca menjadi terpinga-pinga mendengar kata-kata orang asli itu.
"Apa jawapannya???" soal pengkaji cuaca.
"Sebenarnya encik, langit tiba-tiba jadi gelap, sebab Brother shaya balik dari Bulgaria encik. Nama brother shaya Nuek. Bila dia turun shaja dari kapal terbang, langit jadi gelap encik. Encik paham-paham je la ye..." kata Umai dan terus mematikan panggilan telefon. Setelah penggilan di matikan, semua pengkaji itu pun mati mendengar jawapan dari Umai itu... kui kui kui

Saturday, May 9, 2009

Intro Bro


Sebelum you all nak baca blog ni, you all kena kenal dulu blog ni menceritakan perihal siapa. Sebenarnya blog ni untuk suka-suka sahaja. Dalam Blog ni, gua akan ceritakan mengenai budak-budak opis gua. Macam-macam perangai yang ada kat opis gua kerja tu. Ops... lupa gua nak perkenalkan nama tempat gua kerja. Nama opis gua ialah Utusan Karya sdn. bhd.
Opis gua bukan jual roti benggali beb! Opis gua buat majalah.You all tau tak majalah Mangga? Mastika? Harmoni? Wanita? Kawan? Saji? Al-Islam? Hai? Urtv? Remix? Infiniti? Kalau you all nak tahu, tu semua majalah keluaran syarikat tempat gua kerja la tu. Gua kuli je kat situ. Ape-ape pun gua nak kenalkan dulu sidang redaksi kat UKSB.

Mastika
Boss: Zul
Second Boss: Sahidan
Wartawan: Ambo, Nuar, Hafiz, Rosli
Grafik: Boy

Mangga
Boss: Zeha
Exac: Nuek
Wartawan: Ai, Fadil
Grafik: Zam

Wanita
Boss: Mala
Exac: Hajar, Napsiah
Wartawan: Nik, Shikin, Faiza
Grafik: Masyutty

URTV
Boss: Huzz
Wartawan: Shana, Mastura, Akhrun, Aya
Grafik: Nini, Hafiz

Harmoni
Boss: Hasmah Zakaria
Exac: Midah, Rohaiza
Wartawan: Rose Cun, Norma, Nor, Huda, Zana, Zalifah
Grafik: Intan, Azie

Hai
Boss: Emma
Wartawan: Duan, Tajul, Wahida
Grafik: Ady

Kawan
Boss: Hazani
Wartawan: Mc Sue, Hazel
Kartunis: Dee, Rosli, Alin

Saji
Boss: Zila
Wartawan: Aishah, Along
Grafik: Sherry

Remix
Boss: Shikin
Wartawan: Noreen, Zureen, Hafiz
Grafik: Jank

Infiniti
Boss: Zaidi
Wartawan: Tora, Is, Saiful
Grafik: Kuchai

Al-Islam
Boss: Sham
Wartawan, Saie, Iwan, Nuri
Grafik: Lat, Asmah

Tu nama sidang redaksi majalah. Boss-boss lain ada.
Ketua Pengarang: Bad (Big Boss)
Pembantu: Rose

Hr: Zulzaliza
Exac Hr: Syafa


Ketua Unit Hiburan
Boss: Johar

Mangga Onlien
Boss: Che Lie

Grafik
Boss: Ad
Exac: Ucop, Jebey

Pruf: Latif, Pad

Promosi: Rosli, Mus, Ayang, Zack

Account: Man, Sofi, Wadah, Mai

Staff Lain, Minggo, Farid, Ina

Tu nama rakan-rakan yang sama ofis dengan gua. Ke ada nama gua tak sebut? Kalau gua tak sebut minta maaflah ye... Gua tak ingat la tu. Gua tak ada pulak senarai nama dengan gua. Al-maklumlaaa... gua ni kuli. Mana ada senarai nama dengan gua. huhuhu...

Ok lah bro! Blog gua ni akan bermain sekitar Opis gua sahaja. Opis lain sorry ek... Mana ada kena kutuk tu, tahan-tahan laaaa... Jangan Marah ye!


: