Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Rayeeee....

Fuh!!! Pejam celik pejam celik... dah nak raya. Kejap je kan. Tup tup dah raya. Macam mana sambutan raya tahun ni? mesti meriah gila kan? kata UKSB bagi bonus 14 ratus bulan untuk raya.. ahahah... Raya sakan la tu. Sempena hari raya ni, gua nak mintak ampun dan maaf kepada semua warga UKSB jika ada salah dan silap. Mana lah gua tahukan, kadang-kadang sambil cakap2 ada yang terasa hati. Kadang2 ada juga time bergurau pun ada yang kocik ati. Gurau2 lempar ular ke? hahahaha... kasar lawak tu.

Kepada sesiapa yang berpuasa, gua ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan kepada yang tak puasa tak yah raya laaaa... buek malu yooo... dah la tak puasa, nak raya plakkk... Ambo travel and tours sdn bhd juga mengucapkan selamat Hari Raya kepada ahli2 kelab. Lepas raya ni, Ambo travel and tours sdn bhd akan adakan satu lagi trip. mungkin ke Pulau... huhuhu...

Oklah... Nampak muka sorang2 dah bz nak siapkan ketupat dan lemang, sebelum gua berhenti, Sekali lagi gua susun jari pohon ampun dan maaf dari kengkawan semua... Selamat Hari Raya...

Pssst: kepada Mak ayam tu... bagilah duit raya... tak reti2... bagi ular kang... hahaha
Rasa cam, lepas raya ni, nak ajak Along dan kak Shikin pi makan kat Putrajaya Seafood. Sape nak Follow...
Kak Shikin!!! Raya ke berapa balik ke Sungai Rasau? Nik dah balik dah... Raya rumah Tok Tin dengan Kak Azie... huhuhu