Friday, June 26, 2009

Terbaru di UKSB

Dalam dua minggu ni, gua telefon gua asyik berdering. Ramai yang call gua tanya kenapa gua tak update blog gua. Raja Thailand pun ada call gua tanya kenapa blog cafeuksb telah lama senyap. Terkejut jugak gua bila tengok raja-raja pun layan gak blog gua. Huh... letih gua melayan telefon yang bertalu-talu menelefon gua.

Sebenarnya bukan gua tak nak update blog gua. Cuma gua sibuk la sekarang ni. Tak sempat gua nak update blog gua sekarang. Maklumlah gua sekarang dah jadi wakil rakyat di kawasan Bangi Jaya. Gua sibuklah sekarang duk melayan rakyat gua yang empat ratus juta tu. Letih weh...

Ok lah... gua story la sikit suasana kat opis skarang ni. Sekarang ni kat Uksb dah hilang seorang member. Akhrun dah pun pindah ke JAKIM. Sunyi jugak la bila ayam belasahan gua dah pindah. Tinggal seorang je lagi ayam belasahan gua iaitu Hafiz Finance. Tu pun tunggu masa je nak pindah kalau dia kalah lagi bertarung dengan gua. Gua tak nak la ramai2 pindah. Sampai sekarang gua pospone perlawanan berjalan kaki sambil mengunyah kerusi dengan Hafiz. Gua takut bila dia kalah, dia pun blah jugak. Tak haven la kalau tak ada ayam belasahan.

Penambahan staff masih lagi tak ada. Cuma sekarang kat Uksb ada banyak budak2 praktikal. Kalau dikira2 dengan jari tangan dan jari kaki, ada enam orang kalau tak salah. Mereka ni lah yang menyerikan lagi suasana di Uksb sekarang ni. Tu pun kalau berseri. Gua tengok stakat ni masih malap lagi. Tak ada satu pun berseri. Huhuhu...

Gua rasa tu lah dulu. Gua tengah deadline ni. Mampos gua kalau tak siap story. Ok...

Abang Zul: Ambo!!!! Mana Story???
Siap Bossssss....

No comments:

Post a Comment