Monday, June 29, 2009

Jakarta! Kenangan Terindah

Gua ada story baik punya nak cerita kat you all semua. Baru-baru ini UKSB telah mengadakan satu staff day di Jakarta/bandung. Best siot. Rata-rata yang gua interviu mengatakan mereka semua berpuas-hati dan seronok giler berada di sana. Gua sempat la interviu member-member yang pegi ke sana. Nak tahu apa mereka komen? Sabar! Gua akan ceritakan satttt saja lagi nooo… Sekarang ni gua nak ceritakan dulu kronologi staff day UKSB.

19hb Jun 2009

Pagi-pagi buta lagi staff UKSB yang pergi ke LCCT dengan bas perlu berkumpul di perkarangan UKSB. Pukul 2.30 pagi siot. Mata gua masa tu pun nak terbuka dengan nak tertutup dah sama banyak. Gua ingat ke gua yang paling teruk, rupa-rupanya ada lagi yang teruk dari gua. Masa gua mula-mula sampai, gua nampak Ujang duduk di tangga. Kesian tengok, dah macam mat fit dah. Mata memang tak bleh bukak dah masa tu. Sampai dagu pun di sangkut kat tangga je. Masa naik bas, kena usung. Pergh… dasyhat giler. Kesian gua tengok. Apo kono ekau jang… aduyai…

Gua tengok jam. Masa tu dah dekat pukul 3.00 dah. Gua tanya driver bas, apasal tak jalan lagi. Gua dah ngantuk ni. Janji pukul 2.30. Gua dah hangin satu badan dah masa tu. Driver bas cakap, kita tak leh gerak lagi sebab Tuan Presiden, Nuek al-Ugandaki belum sampai. Hampeh punya presiden. Lambat. Gua pun call lah Tuan Preseden apasal lambat, you all tahu apa dia jawab dengan gua, selamba badak dia cakap dengan gua…

“Rilek beb! Gua tengah mandi minyak ni,” kata Tuan Presiden.

Pergh… tengah mandi minyak. Yang kita dah naik minyak dia tak tahu. Nasib baik Presiden, kalau tak memang gua sebat je mamat ni. Tak pe lah, nak buat macam mana, dah adat dia nak jalan jauh kena mandi minyak, halau hantulah katakan… wahahaha… Lepas setengah jam, Presiden sampai. Senyum je muka. Maklumlah orang dah mandi minyaklah katakan. Pukul 3.30, bas pun bertolak ke LCCT.

Sampai di LCCT, semua berkumpul. Abang Joe cakap kul 6.30 baru bleh check-in. Abang Joe suruh semua buat agenda sendiri dulu sebelum tunggu kul 6.30. Bila sahaja Abang Joe cakap buat agenda sendiri, gua tengok Nik Hazirah, Zana, dan Ady tersenyum. Depa tiga orang ni pun duk lah tepi-tepi tiang. Gua pelik jugak, apa depa nak buat ni. Gua dan spy penanggah pun follow lah depa bertiga ni. Terkejut gua dengar, rupa-rupanya mereka memang ada agenda tersendiri. Depa bertiga nak ‘hijeck’ blog penanggah. Apa lagi, melompat lah Ujang al-tibet. Ujang pun melompat nak menunjukkan aksi tarian ‘Hula-Hula’nya di hadapan rombongan Jakarta/Bandung. Konon-kononnya marah la tu. Ujang kalau marah memang cam gitu, terus menari hula-hula. Saje je nak propa la tu. DI pendekkan cerita, Pukul 7.30, semua bertolak ke Jakarta.

Alhamdulillah, pukul 9.30 pagi, rombongan sampai di lapangan terbang Sukarno-Hatta, Jakarta. Masa tu gua tengok semua dah teruja dah. Semua dah mula cakap Indon walaupun salah. Ahli rombongan sudah tidak sabar untuk menerjah bumi Jakarta. Gua tengok Ujang dan Ady lah yang paling teruja. Siap tukar nama lagi. Masa berkenalan dengan Pak Supir di sana, Ujang dan Ady terus memperkenalkan diri mereka dengan bangga.

Pak Supir: Kamu siapa nama?
Ujang : Nama Saya Ujang Nicholas Saputra
Pak Supir: Kamu?
Ady :Ady Irwan Shah

Gitulah sedikit dialog yang sempat gua tulis. Panjang lagi sebenarnya. Bukan main hebat lagi Ujang dengan Ady. Siap tukar nama lagi. Hahaha… Nuek pulak nak tukar nama Indon, tersalah tukar nama. Jadi nama NuekPadiyappa. Hadoi.. tersilap la tu Nuek. Tu nama India, bukan Indonesia. Buek Malu yooo… Tapi gua tengok peserta yang paling terserlah, ialah Minggo. Kalau ada anugerah, memang gua bagi kat Minggo lah anugerah Putera Jakarta. Minggo memang selalu buat lawak yang tak masuk akal. Hahaha… Sabar! Ada banyak cerita Minggo. Nanti lu orang bacalah sendiri.

Lepas tu rombongan semua di bawa ke Mangga dua untuk bershopping. Masa turun bas, gua sempat la tengok gelagat peserta rombongan semua, pergh… bukan main teruja lagi. Kak Napsiah tak berhenti-henti membebel. Macam biasalah. Bebal mengangtuklah apa lah. Tapi tiba di Mangga Dua, dia yang lepas dulu. Gitulah Kak Nap. Minggo gua tengok lemau je. Macam tak bermaya. Bila turun je bas, terus terbukak matanya. Bukan sebab tengok barang, tengok awek Indon la tuh. Aduh… Minggo! Minggo!

Ujang dengan Ady plak terus terkena sawan. Berbuih-buih mulut memperkenalkan dirinya sebagai Nicholas Saputra dan Irwan Shah. Gila glamor betullah. Hadoi… macam-macam karenah kat Mangga Dua ni. Gua pun malas dah nak sebut. Macam-macam ragam.Gelagat Nik Hazirah yang ala-ala Spiderwomen, Zana ala-ala Cicak-Women, Aisyah ala-ala Mak Datin, Faiza ala-ala brontok, semua ada. Letih gua nak tulis.

Rombongan diberi masa selama 3 jam untuk bershopping. Ratu Shopping hari tu sape lagi kalau bukan Kak Shikin. Editor Remix yang cun melecun tu. Nasib baik dia tak terbeli dengan tokey-tokey kedai sekali. Pergh… sakan Shopping nampak? Huhuhu…

Lepas abis semua bershopping, semua ahli rombongan balik ke hotel Grand Cempaka Putih. Hotelnya boleh tahanlah cantiknya. Setelah selesai membahagikan bilik, gua dapatlah roommate yang paling hampeh, Minggo. Gua memang pecah perutlah duduk dengan si Minggo ni. Kerja nak melawak sahaja. Semua lawak tidak dapat dijangka. Hahaha… lawak siot si Minggo ni. Gua gelak sampai tertidur. Nak buek cam no, Minggo lawok bebenor.

Acara Malam pula, semua ahli rombongan di bawa ke restoran Sri Minang. Kek sini, Ujang la paling happy sekali. Maklumlaaa jumpa waris ramai. Sokojap ambik gambar dengan pelayan, sokojap dengan penjaga pintu, yang tak tahan tu, dio poie ambik gambar dengan tukang sapu. Haduh Ujang, Loteh eden tengok ekau ni. Selesai makan, semua melakukan acara sendiri. Ada yang ke HardRock, ada jugak yang lentok kat kerusi lobi hotel. Siapakah gerangan yang terlena di sofa lobi hotel itu? sambil tido sempat lagi dia cakap… “Aku nak gi shopping… nak shopping…” Hadoiii… memang kaki shopping makcik sorang ni.

20hb Jun 2009

Keesokan harinya, Jam 7 Jakarta, rombongan berkumpul untuk bertolak ke Bandung. Gua masa tu dah tensyen dah. Gua jumapa transformer kat sana. Semua duk panggil je nama gua. Depa semua ajak gua masuk geng depa. Tapi gua tak nak. Ujang ngan Ady plak tiba-tiba interframe nak jugak masuk geng transformer. Alo brader… cermin diri tu nak masuk geng Transformer. Aduyaaaiii… Lepas tu, macam biasalah sesi fotografi. Gua tengok masa tu Nik Hazirah dan Zanalah yang paling meletup. Posing tak ingat. Ujang ngan Ady biasalah, sibuk duk perkenelakan diri dia. Gua ingat, ada dekat 800000 rupiah kali dia perkenalkan diri kepada pak supir. Sampai pak supir dah naik menyampah. Hahaha… sabor je lah peserta dari Gemenceh dan Palong yoo… Tapi persoalannya.. mana Tuan Presiden? Sabor.. Gua akan sambung lagi cerita gua. Cerita di Bandung lagi best… sabor menanti yooo… To be Continued

3 comments:

  1. dol jangan buat story kau kat sini... kau buat buku lagi baik... tiga hari tiga malam nak kena baca story kau... mampuss situ

    ReplyDelete
  2. Berita Terkini.. sejak kejadian dimana sdr. Ambo al-Bab wartawan mastika terjatuh berguling-guling 29 kali kedalam kawah gunung berapi Tangkuban.. diberitakan gunung berapi tersebut telah aktif semula sejak minggu lepas.. tanda-tanda awal seperti bunga api dilihat memancarkan cahaya disekeliling kawah gunung tersebut.. namu begitu nasib wartawan Ambo yang tertanam didalam kawah tersebut masih belum dapat diketahui.. operasi menyelamat yang memerlukan 6 buah tower kren tidak dapat diteruskan kerana memerlukan kos yang tinggi..

    ReplyDelete
  3. Mandi minyak????... Woooww... Patot laaaa....
    Minyak Urat ke... Minyak Tanah... hik.. hik.. hik..

    ReplyDelete