Tuesday, June 30, 2009

Bandung yang Happening

Terima Kasih la kerana sudi menanti berita gua yang panas dan sensasi ini. Okeh... Gua nak sambung plak cerita gua. Setelah semua berkumpul di hadapan hotel untuk bergerak ke bandung, tuan presiden masa tu belum sampai lagi. Gua hangin la. Presiden selalu lambat. Selalu rombongan je kena tunggu dia. Gua pun apa lagi, call lah tuan President. Gua bebel la kat Presiden apasal lambat, orang semua dah tak sabar-sabar nak bergerak,

"Sabar beb! Gua tengah buat upacara pecah buah kelapa ni. Nak jalan kena jalankan upacara dulu," kata Presiden.

Bengang gua dengar jawapan Presiden. Nak marah kang kena buang jadi ahli plak. Tapi gua pun ada prasaan jugak. Dah adat dia macam tu, gua nak kata apa lagi. Turun-turun je Presiden, Pergh... kuat gila bau minyak. Ada tanda merah lagi dekat dahi dia. Sah! Tuan Presiden dah tinggi kasta dia ni. Hahaha... Lepas semua dah masuk dalam bas, bas pun jalan menuju ke Bandung. Perjalanan ke Bandung mengambil masa dekat 5 jam. Campur dengan macet.

Setelah lima jam perjalanan, rombongan semua tiba di Bandung dengan selamat, kecuali Ujang dan Ady. Mereka kurang selamat kerana tidak membaca doa selamat. Minggo lagi tak selamat kerana dia Minggo Marhad, bukan Minggo Selamat. Sampai sahaja di Bandung, ahli rombongan semua di bawa ke Pasar Baru.

Tiba sahaja di sana, gua tengok ramai yang histeria. Tambah2 editor majalah Remix. Maracau-racau kat pasar baru. Nik Hazirah dan Zana cuba menenangkannya. Setelah lima minit, Shikino Uzawa masih belum sedarkan diri. Masih lagi meracau-racau. Mastura cuba masuk campur, tapi masih belum dapat mengawal keadaan. Gua masa tu dah panik. Tak tahu nak buat apa. Mujurlah ada penyelamat. Datang Minggo, Ady dan Ujang menyanyikan lagi Jawa Kratong di telinga, kaki, dan juga celah ketiak Shikino Uzawa. Akhirnya dia sedarkan diri. Alhamdulillah. Setelah Shikino sedarkan diri, gua tengok Aishah plak tiba2 terkena histeria. Memang masa tu tak bleh buat apa lah. Kalau Shikino bleh jugak orang tolong pegang-pegang, tapi bila dah masuk Aishah, semua tinggal kat situ lah. Gila nak tenteramkan dia. Hahaha... Dia sodar sendirilah. Maleh eden nak pulihkan dia. Setelah keadaan terkawal, semua turun untuk membeli-belah di Pasar Baru.

Abang Joe memberi masa 3 jam untuk bershopping di situ. Gua pun dengan and da geng Upin dan Ipin, Ujang, Ady, Minggo, Zack, Is Ketambola, merayap-rayaplah di dalam Pasar Baru. Memang syok bershopping di sana. Tak bleh gua nak gambarkan kegembiraan gua. Hanya Minggo dapat menzahirkan kegembiraannya apabila dia membuat tarian ala-ala monyet makan buah setelah berjaya membeli sehelai seluar berjenama 'Guess'. Masa tu gua tak nampak ke mana hilangnya Presiden. Ye lah, dah calour macam tu, mana nak nampak. Hahaha... Gua tengok Ujang pun bukan main gembira setelah berjaya mencilok kain batik Jawa untuk dihadiahkan kepada Isteri dan ibunya yang tersayang. Gitulah. Kasih seorang suami Soleh dan juga anak Mithali kepada isteri dan Ibunya. Ady pula sedang sibuk membeli comforter biru. Siap test terus. Yang gua tak puas hati dengan Is Ketambola. Asyik hilang je. Akhirnya gua ambil keputusan, ikat kat pinggang Minggo. Sampai senget-senget Minggo di buatnya. Zack pula macam biasalah, seorang ayah yang penyayang. Tak ada benda lain yang dia beli, baju anak, baju anak, baju anak, baju anak, dan baju anak lagi, dan lagi baju anak. Hadoi... letih gua nak sebut. Gua pulak Makan hati berulam jantung je la... kalau tengok semua berkenan, tapi apakan daya, saiz gua takde. Maklumla gua kan body builder. Mana ada saiznya. Kwang kwang kwang.

Cukup 3 jam, semua turun ke meeting point untuk naik bas ke Hotel. Setelah dihitung-hitung dan di congak-congak, seorang lagi tak cukup. Gua pun fikirlah siapa yang tak ada. Gua pun buatlah kawad cam di situ. Check punya check, rupanya Shikino tak ada. Lotih. Orang lain bila membeli, dia belah, tapi Shikino beli tak blah-blah. Tu yang menjadi masalah sikit. Gua pun hantarlah dua orang pengawal keselamatan, Ujang dan Ady supaya memberkas Shikino dan membawa balik ke hotel. Aduyai...

Setelah semuanya settle, ahli rombongan semua telah dibawa ke Hotel Penhegar. Best siot hotel ni. Gua bila sampai hotel apa lagi gua buat, gua tidur la. Apa lagi. Tapi baru je gua nak tidur, tiba-tiba telefon bilik gua berdering. Gua terkejut jugalah. Tapi panggilan itu dari siapa? Kenapa gua menerima panggilan itu? Nak tahu? Sabarrr... Nanti gua story lagi. Aikkk... marah nampak. Dah baca benda free mana leh bagi terus, sikit-sikit dah ler... huhuhu... okies... Chow Bro...

No comments:

Post a Comment