Thursday, July 2, 2009

Shikino Uzawa Ratu Bandung

Ok Bro! kita sambung lagi story kita ek. Gua saja je tak nak post kelmarin, sebab gua nak kasi suspen sikit, tapi bila dah Raja Thailand dah call gua sebanyak 45 ratus ribu kali, gua terpaksalah sambung jugak. Dia kata kalau gua tak sambung tulis blog gua, dia akan murka dan haramkan gua jejak bumi Siam. Mana bleh cam tu. Guakan kaki Paragon. Hahaha...

Jom tengok apa berlaku lagi kat Bandung. Masa gua baru sahaja letak kepala atas tilam Penhegar yang empuk itu, tiba-tiba sahaja telefon bilik gua berdering. Gua pun angkatlah. Sayup-sayup gua dengar suara Ady. Dia mengajak gua kluar bershopping lagi. Pergh... Gilo apo. Baru je balik shopping, dah nak shopping lagi. Tak pe lah. Nak jaga hati member, gua pun kuar la lagi. Ady ni kalau gua tak ikut, mahu datang balik penyakit kentut berdarah dia. Gua pun Follow la... Sampai bawah, gua tengok Nik Hazirah, Shikino Uzawa, Zana, Hazelnut, Salwa, Mas, Hajar, Ujang, Ady, Minggo, Aishah, Along bukan Ah Long, Zack, sudah menunggu kat bawah. Bukan main semangat lagi mereka ni. Kita orang semua pegi ke Heritage Factory Outlet kat sana di jalan Merdeka.

Kita orang pegi lain-lain teksi. Tapi teksi yang mula-mula bergerak mestilah Ratu Shopping kita, Shikino Uzawalah. Dialah Ratu Shopping Bandung. Gua ngan Minggo last sekali sampai. Masa gua sampai, gua ternampak memang ramai giler orang kat Heritage ni. Gua pun masuklah ke dalam. Bila gua mula-mula jejak kaki masuk ke dalam Heritage, gua tengok gelap je dalam tu. Terfikir jugak gua kenapa gelap je. Tak de elektrik ke? Mana bleh tak de elektrik. Rupa-rupanya tuan presiden ada dalam kedai tu, patutlah gelap semacam je. Hahaha... Tuan Presiden lain kali pakai baju putih nak kuar tu. Jangan pakai baju sama calour dengan tubuh. Susah jadinya.

Gua pun toleh kiri dan kanan, tengok Ujang, Ady dan Minggo dah hilang. Mana dia orang ni. Tadi ada duk sebelah gua. Gua pun carilah mamat2 ni. Setelah sejam mencari, akhirnya gua jumpalah dia orang ni duk bershopping dengan riak dan takaburnya. Bukan main banyak lagi shopping. Mengalahkan Ratu Bandung. Ujang Shopping abis 40 juta, Ady shopping abis 50 juta, Minggo shopping abis 45 juta, gua shopping tak ada langsung. Hahaha... Gua kesian jugak kat Aishah. Dia nak belilah barang untuk Pak we dia, tapi apakan daya... ehem ehemnya tak ada. Huhuhu... Saborlah Aisyah ye. Habis Shopping di Heritage, gua and da gang yang diketuai oleh Shikino Uzawa pusing-pusing pula Outlet2 yang berhampiran. Masa tu gua tengok Hazelnut dah tak larat dah. Maklumlah, ibu mengandunglah katakan. Tak pe, kalau tak leh shopping, pandang je Shikino Uzawa Shopping. Dah tak nampak tuan dah. Penuh beg kiri kanan.

Lepas hampir 7 jam bershopping, akhirnya Shikino tewas juga kerana lapar. Masa tu gua dah letih giler dah. Kaki dah rasa cam nak tercabut. Ujang lagi teruk, dah tak bleh jalan, mengesot je. Ady? MasyaAllah. Meranggak. Dah tak bleh jalan. Kesian peserta dari Palong ni.Tapi sebab semangat Shopping yang membara, Ady gagahkan jua.

Malam tu, Kami semua makan malam ni Restoran Dapurku bukan Dapurmu di depan hotel Penhegar. Boleh tahanlah la jugak makanan kat sini. Masa makan kami dihiburkan dengan lawak Minggo yang memang lawak giler. Di tambah pula lawak Abang Man suami Along bukan Ah Long. Memang best sangat masa tu. Ketika kami sedang makan, tuan presiden juga telah mendendangkan lagi Brorey Gulung Tikar, dan juga lagu Radjandran untuk halwa telinga kami semasa menjamu makanan. Best la suara tuan persiden. Tuan presiden... Nak signnnnnn... huhuhu... Lepas makan, semua balik ke hotel. Gua masa tu memang duk ingat bantal je. Esok ada banyak lagi program menanti. Huhuhu...

Oklah bro! gua sambung lain kali plak cerita hari kedua di Bandung. Hari kedua lagi best. Gua jumpa dengan Nenek kebayan kat Tangkuban. Gua jumpa Ratu Tangkuban, dan macam-macam lagi benda misteri. Untuk sambungan akan datang ni, gua nak pesan awal2, kalau sesiapa ada penyakit kronik seperti gatal2 dicelah ketiak, ketiak masam, dan kaki berbau, diharapkan jangan baca sambungannya. Kerana laporan seterusnya lebih menyeramkan. Jangan biarkan diri anda diselubungi..... Minaaaaaachiiiii.... Tuan Presiden... Okeh... daaaaaa

No comments:

Post a Comment