Wednesday, July 15, 2009

Ambo Travel and Tours Sdn Bhd Kini Bertaraf Global

Sorry bro! gua mintak maaf banyak-banyak. Gua bukannya sengaja memperlambatkan cerita gua ini, tetapi gua sekarang sibuk sangat. Maklumlah gua sekarang banyak menerima jemputan merasmikan berbagai-bagai projek di Selatan Thailand. Banyak projek-projek yang gua kena uruskan. Tu yang gua pening sangat. Oklah gua sambunglah cerita gua ye.

Masa gua mula-mula sampai ke hotel, gua rasa gua perlu memberi khidmat kepada mereka-mereka yang memerlukan khidmat gua. Akhirnya gua terpaksalah menggunakan agensi pelancongan gua Ambo Travel and Tours Sdn Bhd, untuk memuaskan hati peserta rombongan. Gua memanggil Pak Supir dari Bandung iaitu Super Pakirman untuk membawa ahli rombongan yang gua telah pilih-pilih dan lihat latarbelakang penyakit mereka. Semua yang gua pilih tak ada penyakit yang kronik.

Pagi keesokaannya, gua dapat membawa 13 peserta yang gua sempat PAWWW untuk menyertai rombongan gua. Mereka ialah Shikino Uzawa, Zana, Nik, Zack, Ady wal Palong, Ujang wal Viatnami, Mas wal tura, along yang sulung, Minggo not mango, abang man bukan suparman, Aisyah copu, Hajarrum, dan gua sendiri. Itu nama peserta yang dipilih untuk menyertai pasukan rombongan Ambo travel and tours sdn bhd.

Lokasi pertama peserta rombongan ialah ke Tangkuban Parahu. Masa mula-mula sampai, terjadi satu incident yang tak dapat gua ceritakan. Seorang dari peserta rombongan telah mengalami penyakit pembawakan budak. Penyakit apakah itu? Lu pikirlah sendiri. Masa tu Ujang wal Viatnam mula dirasuk hantu posing. Selepas itu berjangkit kepada Ady wal Palong. Ujang wal Viatnam telah menujukkan satu ‘pose kucing kencing’ yang sungguh dasyhat sekali, manakala Ady wal Palong pula menunjukkan ‘pose Mentadak mentadu’ yang amat mengasyikkan. Terpegun semua yang melihatnya. Mereka berdua telah menerima satu tepukan yang gemuruh oleh penjual-penjual keychain dikawasan tangkuban parahu.

Cik Nik seperti biasa akan menunjukkan aksi manjanya apabila berposing. Cik Zana, Hajarrum, Aisyah Copu, Mas wal tura, juga tidak melepaskan peluang bergambar dengan warga Indon yang menjual batu permata. Mereka semua menyangkakan orang itu adalah Barry Prima. Aduhhh!!! Pening gua tengok gelagat sorang-sorang.

Gua pun tak lepaskan peluang jugak lah mengambil sekeping dua gambar. Ketika gua sedang asyik membuat ‘pose Mengkarung Menangis’ tiba-tiba sahaja angin bertiup kencang, langit menjadi mendung, petir sabung-menyabung di dada langit. Gua pun rasa hairan. Gua pandang Minggo. Minggo masa tu dah terkencing-kencing kerana takut. Ujang dan Ady pula lari masuk bersembunyi di bawak ketiak Pakirman. Gua hairan, kenapa tiba-tiba sahaja cuaca berubah?
Gua pun mendongak ke atas. Alangkah terkejutnya gua apabila gua nampak ada Penunggu Tangkuban Parahu menjelmakan diri. Pergh… cun jugak penunggu Tangkuban ni. Mukanya persis Editor majalah ‘ ##### Sensasi Remaja Terkini’. Majalah apa ek? Hahaha…memang menakutkan. Lepas semua dah puas berposing, peserta rombongan dibawa ke lokasi yang ke dua iaitu di Rumah Mode.

Ketika mula-mula sampai di Rumah Mode, gua tiba-tiba rasa ada sesuatu kekurangan di dalam van. Gua bilang-bilang, dalam kereta tidak cukup seorang. Tadi cukup. Kenapa tiba-tiba sahaja tidak cukup. Gua check siapa yang tak ada. Rupa-rupanya Shikino Uzawa hilang. Gelabah semua mencari Shikino Uzawa selaku ketua rombongan. Setelah menggunakan khidmat pengesan bom, akhirnya, Shikino dijumpai sedang bershopping di dalam Rumah Mode. Tapi persoalannya, bila Shikino turun? Sedangkan tadi dia berada bersama kami? Aduyaiii… kalau dah kaki shopping, gitulah. Asyik hilang je.

Kami tinggalkan Shikino Uzawa bershopping. Ahli rombongan lain semua mengisi perut masing-masing di kawasan makan Rumah Mode. Selesai makan, Shikino masih belum muncul lagi. Akhirnya gua terpaksa call bonzer kami, Kimbo untuk menarik Shikino untuk meneruskan perjalan. Ingat ye Kimbo... bukan Kombi atau Kombo...

Lepas tu peserta rombongan bergerak ke Toko Tiga, tempat menjual pakaian jeans dan baju-baju original. Shikino Uzawa macam biasalah, turun sahaja dari Van, terus terkam masuk ke dalam kedai untuk bershopping. Ujang dan Ady masih belum abis lagi melakukan aktiviti memperkenalkan diri mereka sebagai Ujang Nicholas Saputra dan Ady Irwan Shah. Menyampah gua tengok.

Lokasi seterusnya kami semua ke tempat menjual perfume. Di sini, gua tengok semua membeli perfume yang berbagai-bagai jenama. Masuk sahaja dalam Van, macam-macam bau yang muncul. Pening gua dibuatnya.

Selepas selesai membeli perfume, kami semua dibawa oleh Shikino Uzawa mencari Brownies di Kartika Sari. Tapi brownies di situ semuanya mahal-mahal. Sehinggakan Shikino Uzawa pun Surrender. Tak nak beli sebab mahal. Baru gua dengar Shikino menyerah kalah. Biasanya dia tidak pernah menyerah kalah. Hahaha… Akhirnya Indonesia mendahului Malaysia 1-0.
Gua tengok masa tu Pakirman dah penat dah. Tapi disebabkan tidak mahu memalukan Ambo Travel and Tours Sdn Bhd, dia gagahkan jua. Kami seterusnya bergerak pula ke Ci-Walk. Orang lain semua dah penat masa tu. Gua tengok Nik dah meleleh air liur tidur. Mas wal Tura pula sudah lapar. Kesian. Dalam ramai-ramai, gua tengok Shikino yang paling cergas, Gua pun hairan, kenapa makcik jepun ni tak letih-letih. Rupa-rupanya dia menggunakan taktik Brazil untuk menyergaskan dirinya.

Shino telas mengZASSS ubi gadung pakirman secara mengelirukan. Sambil dia berbual, dia ZASSS satu, Lepas tu tanya lagi ZASS satu lagi. Hahaha… patutlah dia tak penat, ZASSS ubi gadung Pakirman rupanya. Berkesan betul taktik itu.

Sampai di Ci-Walk, semua turun, tetapi Nik, Along, Abang Man, Minggo, Zack, Mastura semua dah tak larat. Semua menanti di dalam van sahaja. gua bersama Ujang, Ady, Aishah, Shikino Uzawa masih lagi bersemangat untuk bershopping. Keputusannya, selepas hampir sejam bershopping di situ, Shikino Uzawa telah berjaya membawa sebanyak 80 beg plastik berisi barangan shopping. Cayalah Shikino. Gua suspek sama lu…

Semua dah penat. Dah lapar. Peserta rombongan di bawa ke Kampung Daun untuk makan malam. Perjalanan ke Kampung Daun sangat menyukarkan. Kami terpaksa meredah onak dan duri, Rimau dan Gajah, Ular dan Ulat, untuk sampai ke sana. Setelah hampir setengah jam, kami semua sampai di sana. Tetapi penat dan letih kami rasa terubat bila melihat kecantikan Kampung Daun.

Peserta rombongan nampak gembira setelah dapat menikmati keenakan makanan dan juga kecantikan persekitaran Kampung Daun. Setelah selesai makan, satu masalah telah timbul apabila duit tidak mencukupi untuk membayar makanan. Shikino Uzawa ketua rombongan merangkap menteri kewangan ketika itu sudah gelabah sebab wang tidak mencukupi. Setelah di selidik oleh Spy Penanggah, akhirnya punca sebenar dikenal pasti. Rupanya bil yang diberikan salah pengiraannya.

Perkara itu dapat diselesaikan setelah, pengacara Jalan-Jalan Cari Makan, Aisyah Shah Bani datang mententeramkan keadaan yang kusut. Syabas Aishah. Gua tengok masa tu Nik dah hangin dah. Dia dah hangin bukan nak marah, tapi naik hangin sebab takut dia kena cuci pinggan di situ. Hahaha.. mana sesuai Nik cuci pinggan di situ. Hahahaha…
Setelah semuanya reda, rombongan balik ke hotel. Semuanya sudah penat. Semua perlu berehat kerana keesokan paginya semua rombongan akan pulang ke Jakarta.
Ambo Travel and Tours Sdn Bhd mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda. Kita bertemu lagi… Bersambung…

1 comment:

  1. woiii lu pakai khidmat spy penanggah... kena byar royalti 7.6 juta dollar tau tak..

    ReplyDelete