Thursday, July 30, 2009

Ramai Yang Berhormat Akan Melompat Parti

Bangi, 27 Julai- Kekalahan Nuartip dalam pemilihan sebagai Biro Agama, Kelab Sukan dan Rekreasi UKSB telah memberi satu impak besar kepada dirinya. Nuartip tidak menyangka pengundi sanggup mengkhianati beliau. Dalam pemilihan itu Nuartip hanya menrima 18 undi sahaja sedangkan jumlah yang beliau laburkan bernilai RM 90 juta. Nuartip tewas di tangan calon baru Nasaie Ismail.

"Jumlah undi yang saya terima tidak memadai dengan apa yang telah saya laburkan,"ujar Nuartip.

Setelah selesai pemilihan, Nuartip kelihatan berang apabila beliau tidak dapat menerima kekalahannya dalam pemilihan sebagai Biro Agama. Keadaan menjadi kecoh apabila Nuartip dengan tiba-tiba menyerang speaker dewan. Walaupun demikian, keadaan itu dapat dileraikan dengan bantuan Sarjan Bear. Ketika dibawa keluar dari dewan pemilihan, Nuartip sempat meluahkan kata-kata ugutan kepada spekar dewan.

Ketika semua ahli dewan UKSB keluar dari Dewan yang mulia, Nuarti dilihat berada di Lobi dewan sambil memegang C4, dan mengatakan dia akan mengebom dirinya jika dia tidak dilantik kembali menjadi biro agama. Suasana menjadi cemas seketika apabila Nuartip tidak mahu menerima pujukan oleh presiden yang baru. Dia terus berkeras mahu bom dirinya jika dia tidak juga dilantik semula.

Pihak Dewan UKSB terpaksa menggunakan khidmat mantan presiden yang juga digelar manusia berbayang-bayang hitam untuk menyelesaikan perkara ini. Akhirnya manusia berbayang-bayang hitam berjaya merampas C4 dari tangan Nuartip. Nuartip selepas itu kelihatan diberkas dan dibawa keluar oleh Ujang wal Tibet dan juga DeeBoss.

Hari ini Nuartip tiba-tiba muncul di UKSB dengan imej baru. Rambut sikat tepi. Semua terkejut dengan perubahan yang berlaku pada Nuartip. Imej barunya menampakkan diri ala-ala orang baik untuk meraih undi untuk pemilihan tahun hadapan. Dia juga dikatan sudah mula menghasut beberapa orang Yang Berhormat untuk melompat parti.

TAK MENGAPA NUARTIP, CUBA LAGI TAHUN DEPAN.

5 comments:

  1. usha lagi nuartip... gua akan sokong lu dari belakang.. jangan bimbang.. walaupun i x undi u hari tu tapi i akan terus mensapot u.. Hidup nuartip...

    ReplyDelete
  2. ..saba saba..yang penting maintain dulu rambut sikap tepi dulu..

    ReplyDelete
  3. gua pun kesian jugak dengan nuartip ni. Gua undi dia ari tu. macam mana tak bleh menang ni. gua rasa mesti ada konspirasi nak jatuhkan nuartip ni. Tak pe... taun depan kita gunakan politik wang. Cayalah Nuartip

    ReplyDelete
  4. hiduppp TAJILLLLL.... pemimpin alaf baru...

    ReplyDelete
  5. pemimpin alaf baru ape nyer..dapat 1 undi jer!!!hehehe..takpe J, cuba lagi 2 tahun akan datang...

    ReplyDelete