Thursday, July 30, 2009

Nuek Al-Ugandaki Berjaya Di Gulingkan Oleh Pakatan UKSB

Huh... Ari Khamis minggu lepas, UKSB telah mengadakan satu perjumpaan dengan semua ahli-ahli Kelab Sukan dan Rekreasi untuk memilih jawatankuasa baru. Perjumpaan itu berlangsung selama dua jam. Dan selama dua jam itu jagalah gua pecah perut gelak. Lawak siott... kalau perjumpaan tu di buat hari-hari pun ok gak. Memang semua awet mudalah. Asyik gelak je.

Setelah dua jam bermesyuarat, akhirnya kata sepakat telah dibuat. Presiden lama, Haji Nuek Al-Ugandaki telah berjaya digulingkan oleh pakatan UKSB kerana banyak menyeleweng selama pemerintahannya. Selama pemerintahan Nuek Al-Ugandaki, dia telah melakukan banyak penginayaan kepada warga UKSB. Politik wang juga menjadi-jadi. Yang menerima habuannya hanyalah kroni-kroninya seperti Ujang wal Tibet dan Adi Irwan Shah. Kerani sulitnya Nik Hazirah Wal Keda Buluh juga dikatakan menerima 67.98 persen dalam setiap projek yang dijalankan. Sebab itulah pakatan UKSB telah sepakat menggulingkan beliau. Sepanjang pemerintahan beliau juga, banyak warga UKSB yang hidup merempat seperti Saiful ako, Mahathir Rich, Isketambola, jebey ustagito, dan yang paling teruk merempat dan melukut ditepi gantang adalah Boy not a girl. kesian-kesian.

Akhirnya pakatan UKSB telah sebulat suara memilih, Abang Joha untuk menerajui Kelab Sukan dan Rekreadi UKSB. Timbalannya pula adalah Abang Ad (Azhar). Warga UKSB berharap dengan pemilihan teraju baru ini dapat membela nasib kami semua...

HIDUP ABANG JOE!!!

4 comments:

  1. Tuan presiden... buat la makan-makan... x perlu tiap2 bulan.. buat seminggu sekali pun dah cukup... kan kan kan...

    ReplyDelete
  2. nuek modal ciput.. patut la kalah..

    ReplyDelete
  3. Ahhh...tahun depan gua punya modal 100 juta nak beli undi..hahahah...siap korang.....presiden konon.. presiden sesen pun tak dapat elaun..hadoooooo...

    ReplyDelete
  4. pennaggah..bukan ciput..tak perasan dia ada dalam bilik tu...lampu tak cukup terang..hehehe

    ReplyDelete