Wednesday, July 22, 2009

Sedih! Tapi... Best

Aduhh.. pening gua sekarang ni. Gua tak sempat dah nak update blog gua. Tapi gua terpaksalah juga selesaikannya. Gua sambung sikit jela cerita kat Jakarta ek… Tak banyak cerita best kat Jakarta ni.

22 haribulan Jun 2009
Pukul 8.00 pagi semua peserta rombongan telah bersiap sedia untuk berangkat ke Jakarta. Muka-muka peserta rombongan masa tu gua tengok sedih. Paling sedih masa tu gua tengok Ujang dan Ady. Memang sedih gila sebab nak tinggalkan kota Bandung yang penuh dengan pengalaman indah. Nik pula meraung-raung pegang kaki bellboy hotel Penhegar setelah ditarik oleh Zana kerana tidak mahu pulang. Katanya dia mahu menjadi warga negara Bandung. Betul ke? Komen sikit Nik…

Shikino Uzawa lagi dasyhat. Memang tak nak turun bilik. Dia kata dia tidak akan balik selagi hajatnya untuk menhabiskan wang sebanyak lapan belas juta billion rupiah yang dia bawa. Puas Abang Joe memujuk, tetapi tidak juga mahu pulang. Peserta rombongan masa tu dah panik. Shikino Uzawa tetap dengan pendiriannya tidak mahu pulang ke Malaysia.

Gua dah suruh ramai peserta rombongan, tetapi dia tetap berdegil. Mula2 gua hantar Nik, tak jalan jugak. Lepas Nik, Ujang, lepas ujang Ady, lepas tu Aishah, lepas tu, Zana, lepas tu Mastura, lepas tu gua sendiri pun tak jalan jugak. Last sekali gua ada satu idea. Gua panggil tuan Presiden. Presiden mesti pandai pujuk, maklumlah kaum macam dia tu pandai cakap belit-belit. Gua pun minta tolong tuan presiden. Akhirnya tuan presiden berjaya memujuk Shikino Uzawa pulang ke Malaysia. Apa yang dikatakan tuan presiden sehingga Shikino mahu pulang ke Malaysia? Nak tahu? Itu rahsia gua beb! Gua je tahu apa dia cakap.

Lepas semua bersiap rombongan telah pergi ke Tanah Abang di Jakarta. Semasa tiba di Tanah Abang, gua tengok Shikino dah menggeletar dah. Belum sempat bas parking, Shikino dah menggunakan ilmu pejuang samurai dan terus hilang dari bas. Dengan pantas dia turun shopping. Aduh.. memang penat nak jaga kaki shopping ni. Isk isk… Kami Shopping di Tanah Abang selama dua jam sahaja. Lepas abis Shopping, semua ke Blok M, Jakarta. Di situ semua tak shopping sebab ketua rombongan dan ‘sound’ supaya tak membeli lagi kerana barang sudah ‘overdos’. Banyak giler. Paling banyak barang ratu tangkuban arrr.. mengalahkan orang balik umrah. Hahaha…

Bila Shikino dengar ketua rombongan ‘sound’ supaya tak shopping, Shikino terus kena sawan kura-kura. Jadi slow. Kononnya tengah melawan nafsu shoppingnya. Bermeditasi la kononnya tu… Ujang dan Ady tak habis-habis posing gaya 18SX. Pening gua tengok dua mamat dari N9. Sorang dari Palong, sorang dari Gemenceh. Elok la tu.

Lepas blok M, semua berangkat ke Airport Jakarta. Masa tu semua dah lesu. Gua tengok semua muka sedih je nak tinggalkan Jakarta yang penuh dengan keseronokan itu. lepas. Pukul 11.30, warga UKSB telah berangkat ke Malaysia menaiki Kuwait Airliness. Masa tu semua muka sedih tapi jelas menunjukkan warga UKSB semua gembira. Gua pun gembira jugak dapat datang ke Jakarta. Jakarta/Bandung memang meninggalakan kenangan indah kepada warga UKSB semua. Pada masa akan datang gua pasti akan jejaki lagi bumi Jakarta dan Bandung… Jakarta dan Bandung meninggalkan kenangan indah dan juga meninggalkan banyak duit gua kat sana…. Uwaaaaaaaaa… abis duit guaaaa… tak gitu Shikino?

No comments:

Post a Comment