Monday, May 25, 2009

Ambo Travel and Tours Sdn Bhd

Gua sekarang dah masuk ke alam perniagaan. Gua da buka agensi pelancongan yang berdaftar secara haram. Gua cuma bayar inspekter Ujang je cover gua punya agensi. Gua juga ada ambil seorang private investigator iaitu Nuek untuk bagi maklumat kepada gua. Nuek ni cekap sikit bahagian mencari maklumat. Maklumlah orang bukan nampak dia. Kan senang nak dapat maklumat.

Fuhhh... baru sehari gua bukan agensi pelancongan gua, gua sudah ada enam orang pengikut ajaran sesat gua. Sebenarnya perkara ini private and confidential, tapi untuk pembaca blog gua seluruh dunia, gua dedahkanlah juga, siapa tujuh orang itu. Pendaftar paling pertama ialah Ujang, selepas itu, Syed Musaddad Syed Mahdi (Wartawan Pancaindera), Nik Hazirah, Huda, Kairul Anuar, dan Aya (Kawan Huda).

Trip pertama agensi gua ialah ke Cameron Highland. Hari sabtu yang lepas bersamaan 23 May 2009, jam 9.30 pagi, dua buah Helikopter gua sudah bergerak menghantar rombongan agensi gua ke Tanah Tinggi Cameron. Aik... percaya ke? Mana ada Helikopter daaa... kereta sendiri la. Gua bertolak ke Cameron dengan menaiki kereta gua dengan kereta Ujang. Dalam kereta gua ada tiga orang iaitu, Gua (Driver), Syed Musaddad (Co Pilot yang paling hampeh), dan Nik Hazirah (Penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar), manakala kereta Ujang dinaiki oleh Ujang (Driver), Nuar (Co pilot yang nak muntah), Huda (Penumpang yang selalu lapaq), dan Aya (Penumpang yang tidak kuat daya tahan badan).

Gua gunakan jalan Tapah untuk ke Cameron. Kalau ikut Simpang Pulai jauh sikit. Walaupun jalan Tapah dekat, tetapi mak ai... jalannya, mengalahkan ular kena palu. Berbelit-belit. Gua exit tol Tapah dalam pukul 11.20 pagi. Semasa melalui kawasan berbelit-belit ini, penumpang kereta gua, Nik, telah mengalami masalah pembawakan budak (loya-loya nak muntah lah tu.) gua pun cuak jugak mula-mula. Bimbang takut cik Nik memuntahkan diri dalam Ferarri gua, tapi gua tabahkan hati, kuatkan semangat, dan berdoa kepada Allah agar perjalanan rombongan kami sampai dengan selamat tanpa bermandi muntah. Akhirnya kami sampai di Ringlet.

Bila sampai di Ringlet, gua turun tanya penumpang kereta Ujang, tidak ada sesiapa ke yang rasa loya-loya nak muntah? Gua tengok Huda dengan Aya rilek je. Tak nampak sebarang tanda-tanda terkena jangkitan virus pembawakan budak tadi. Gua makin cuak. Apsal penumpang gua ini kurang daya tahan badan. Kalau penumpang gua itu muntah, malu gua sebagai ketua rombongan. Tapi gua gagahkan hati juga sampai ke Tanah Rata. Tapi Alhamdulillah, penumpang kereta gua, Nik, tidak muntah, dan nampak kembali ceria ketika sampai di Tanah Rata. Gua masih lagi belum kalah. Bertahan Nik bertahan... Caiyukkk Caiyukkk...

Lokasi pertama gua bawak rombongan gua ialah di Bee Farm. Situ nak kenalkan kepada Ujang macam mana rupa lebah. Ujang tak kenal lebah. Dia kata kalkatu tu lebah. Hadoi... buek malu warihh yooo... Macam mana ekau tak kenal lebah. Ujang bukan main teruja lagi tengok lebah. Siap panggil 'miawww... miawwww'. Alahai Ujang, tu lebah bukan kucing. Aduhhh... pening gua.

Lepas tu, rombongan terus ke di Tanah Rata, rombongan lepak di Cameron Bharat Valley. Gua dan rombongan layan tea'o dulu situ. Pergh... layan beb minum tea'o sambil lihat pemandangan ladang tea yang menghijau. Gua minum tea'o pun dah rasa macam minum Mochalah. Layan siot...

Lepas minum rombongan terus ke ladang strawbery. Semasa kami sedang lepak makan strawbery, Nik tiba-tiba nampak macam pucat dan tak bermaya. Haduhhh... Gua kesian tengok Nik masa tu. Nampak macam tak senang duduk. Gua cuma diakan sahaja. Takkan gua nak nangis pulak. Lepas puas lepak kat ladang strawbery, gua bawak semua pergi makan di kedai Pak nik. Kedai gangster. Hahaha... gua malas cerita peristiwa kat kedai ni. Kalau gua cerita, gua gelak sampai tercabut kepala lutut. Tanya ahli rombonganlah kalau nak tahu cerita.

Nik masa tu nampak macam sakit lagi, tetapi setelah dia menelan pil ajaibnya, akhirnya Nik kembali ceria. Yeah... dah kembali menjadi Sailormoon. Hahaha... Masa makan, orang yang paling banyak bercakap ialah Syed Musaddad. Pergh... mulut dia pot pet pot pet, macam bertih jangung. Tak berenti. Boleh masuk dalam Malaysia Book Of Record tu... Manusia yang tak reti berhenti cakap.

Habis makan, gua bawak rombongan pergi shopping2. Gua tengok rombongan gua macam tak ada nafsu je nak shopping. Dia orang pegang-pegang barang lepas tu letak balik. Pegang-pegang letak balik. Gua tanyalah kenapa nampak macam tak ada stim je tengok barang, nak tahu apa yang depa semua cakap, "Ang gilaka nak suruh aku shopping. Gaji mana masuk lagi," Pergh... Jatuh kredibiliti gua sebagai ketua rombongan bila kena sound. Hahaha... tapi demi memajukan lagi agensi gua, gua diamkan saja. Lepas tu gua bawak dia orang pegi shopping kat pasar malam pulak. Kat sini, gua nampak ahli rombongan gua ada nafsu sikit nak shopping. Banyak jugaklah mereka beli. Tambah-tambah Huda. Woit... jagung gua mana daaa....

Masa tu jam dah pukul 6.00 lebih. hari pun nak gelap. Gua ajak rombongan gua bertolak baliklah. Takut sampai ke perkampungan Nuek nanti kang, gelaplah pulak. Sebelum balik, sempat juga rombongan berhenti di kawasan air terjun yang tak berapa nak terjun untuk posing ambil gambar. Berenti kejap je... Lepas habis posing, semua bergerak turun.

Semasa dalam perjalanan turun ke Tapah, gua makin terujalah layan corner kat situ. Memang stim corner kat situ. Ujang pulak asyik duk cucuk gua je dari belakang, makin la gua syok. Tengah duk layan corner 360 darjah lima merah, tiba-tiba kereta Ujang berenti. Gua pun pelik, gua pun patah balik dan pergi ke tempat Ujang. Gua tanyalah kenapa berhenti, tak larat nak kejar kelajuan kereta gua ke? Ujang kata, penumpang dia muntah daaa... pening. Masa tu gua terus berpaling dekat Nik. Gua kata Syabas Nik. Kita memperolehi kemenangan yang pertama. Gua ingat ke Nik yang akan K.O, rupanya, penumpang kereta Ujang yang K.O. Hahaha... Gua cuba nak panggil para medik yang ada kat situ, tapi nak tahu apa dia cakap dengan gua...

"Shaya tak pandai berubat orang. Shaya pandai Shumpit burung je... Jangan suruh Shaya... Shaya tak tahu..." Pergh... Orang kampung Nuek laaaa... ingatkan doktor tadi. Hahahaa...

Gua pendekkanlah cerita ni. Menantu VIP ajak gua kuar minum da ni. Gua sambung lain kalilah. Hampeh punya menantu VIP. Potong stim gua. Gua sambung next time ye beb... sabor menanti... hahaha...

No comments:

Post a Comment