Wednesday, May 20, 2009

Gosip panasss!!!

Shyyyy... Diam-diam semua. Hari ni Papa Bear nak bagi gosip panas sikit dengan korang semua. Papa bear nak cakap, ada sorang member ofis kita dah masuk ke arena bina badan. Sasa tubuh dia sekarang. Al maklumlah kawan dengan bekas juara bina badan, Malik Noor.

Member kita asyik menunjukkan pose-pose seorang ahli bina badan. Begitulah, beginilah. Sampai nak order air dengan Helly pun dia menunjukkan gaya sasanya. Lebih kurang beginilah:

Helly tea o panas satu!!! katanya sambil menunjukkan tubuhnya yang sasa itu. Tapi satu perkara yang tak bleh blah yang gua dengar, bila sahaja dia nak balik dari opis, mesti dia akan melambai-lambaikan tangan ke arah gambar Malik Noor. Maklumlah sumber inspirasilah katakan. Hairan Papa Bear.

Pesan Papa Bear: Dah-dah jangan buat lagi kerja tak pekdah tu. Berenanglah untuk kesihatan. Jadilah artis rendam...

2 comments: