Monday, May 18, 2009

Gempar, Menggemparkan, Sangat Menggempar...

Jumaat yang lalu, satu perkara yang mengejutkan telah berlaku di Malaysia. Perkara ini amat dibimbangi oleh semua penduduk di Malaysia. Selama seminggu, cuaca di Malaysia amat terang benderang dan tenang. Cuacanya sangat indah dan amat menyejukkan pandangan mata. Tetapi cuaca dan pandangan itu hilang dengan tiba-tiba menjelang hari Jumaat yang lalu.

Ketika kejadian itu berlaku, semua pengkaji cuaca, pengkaji bumi, pengkaji binatang, pengkaji hutan, pengkaji tanah, bulan, langit dan seantero dengannya mula melakukan kajian mencari punca kejadian langit menjadi mendung dan gelap. Setiap sejam makin gelap dan makin gelap. Setelah melakukan kajian mereka tidak menjumpai kenapa hal ini berlaku.

Setelah berjam-jam mereka melakukan kajian, akhirnya mereka buntu. Tidak dapat mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Oleh kerana mereka tidak dapat menemui punca masalah ini, mereka semua telah sepakat untuk meletakkan jawatan mereka. Mereka tidak sanggup berhadapan dengan masyarakat yang sesaat sekali menghubungi mereka untuk mengetahui punca suasana gelap yang menyelubungi Malaysia.

Ketika mereka sedang bersedih-sedih menaip surat perletakan jawatan mereka, tiba-tiba telefon mereka berbunyi lagi. Pengkaji-pengkaji ini pada mulanya enggan menjawab panggilan telefon itu. Mereka risau itu adalah panggilan pertanyaan dari penduduk Malaysia. Pengkaji cuaca gagahkan juga mengangkat telefon itu.

"Hello siapa sana?" soal pengkaji cuaca.
"Shaya Umai Orang Ashli Tapah, Shaya nak bagi tahu encik, Shaya tahu kenapa langit jadi gelap encik," kata Umai. Pengkaji cuaca menjadi terpinga-pinga mendengar kata-kata orang asli itu.
"Apa jawapannya???" soal pengkaji cuaca.
"Sebenarnya encik, langit tiba-tiba jadi gelap, sebab Brother shaya balik dari Bulgaria encik. Nama brother shaya Nuek. Bila dia turun shaja dari kapal terbang, langit jadi gelap encik. Encik paham-paham je la ye..." kata Umai dan terus mematikan panggilan telefon. Setelah penggilan di matikan, semua pengkaji itu pun mati mendengar jawapan dari Umai itu... kui kui kui

2 comments:

  1. stakat balik dari Banglaria tak usah nk kecoh2 la.. kalau ado t-shirt hard rock tu.. bleh la gua tompang banggo.. ni harap keychain pun takdo.. cehh..

    ReplyDelete
  2. haha,,btoi kato si penanggah uh,,wakaka

    ReplyDelete